Ahmad Razif menyarungkan beg sekolah kepada pelajar sekolah. Foto Harish Fadzillah Kassim
Kerajaan negeri akan memastikan kesemua pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan sebelum sesi persekolahan baharu bermula Isnin ini.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan pelbagai skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan menerusi agensi berkaitan serta ditambah sumbangan pihak swasta adalah tidak mungkin ada pelajar yang layak tetapi tercicir daripada senarai penerima. "Oleh itu pengurusan sekolah juga diminta untuk memberi kerjasama dengan mengenal pasti jika ada pelajar yang layak tetapi tidak mendapat bantuan.
"Sekiranya ada kita di pihak kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan khusus untuk membantu pelajar sekolah daripada keluarga kurang berkemampuan ini mendapat bantuan sewajarnya.
"Ini kerana dengan pelbagai bantuan yang disumbangkan ramai pihak ketika ini untuk membantu meringankan beban ibu bapa untuk membeli keperluan sekolah anak-anak adalah tidak seharusnya ada penerima yang layak tidak mendapat bantuan ini,"katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Happy 2 School anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KPIM) serta Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Malaysia di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, semalam. Hadir sama, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KPIM) yang juga Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, Parlimen Kuala Nerus adalah parlimen ke-50 daripada 75 parlimen di seluruh negara yang menerima bantuan kelengkapan persekolahan. Katanya, seramai 1,000 murid Tahun Satu hingga Enam daripada keluarga yang kurang berkemampuam terpilih menerima sumbangan berkenaan dalam meringankan beban ibu bapa. - teganukite.net |
Monday, 1 January 2018
Related Posts:
PRU14 : BN Optimis Rampas Alor Limbat, Bukit Payong A. Latiff ditemuramah media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Marang. "Kita yakin akan mendapat kembali dua kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) yang pernah dimenangi Baris… Read More
PRU14 : Turun Caj Tol LPT2, 40,000 Peluang Kerja Dalam Manifesto Tambahan BN Terengganu Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan menurunkan bayaran tol di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sehingga 50 peratus secara berperingkat-peringkat, mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan, peluang pekerjaan dan p… Read More
PRU14 : Pemimpin UMNO Besut Janji Tidak Khianati Parti Pemimpin UMNO Besut sepakat berjanji tidak akan mengkhianati parti jika mereka tidak dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum (PRU14) ini.Pemimpin berkenaan, Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pe… Read More
Berita Gembira Untuk Penduduk Hulu Terengganu Zahid (tengah) bersama barisan kepimpinan negeri ketika lawatan ke Hulu Terengganu sempena perasmian Jentera Pilihan Raya Hulu Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Rakyat di Hulu Terengganu menerima berita gem… Read More
Belia Digesa Bersedia Hadapi Revolusi 4.0 Ahmad Razif bersama wakil belia yang menerima peruntukan pertadbiran. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Golongan belia di negeri ini digesa bersedia menghadapi revolusi 4.0 perindustrian keempat (revolusi 4.0) yang kini men… Read More