Ahmad Razif ketika ditemui di PAU 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.
UMNO Terengganu perlu memastikan bahawa hala tuju, selain perlu membuat persediaan rapi jika mahu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata persediaan rapi itu termasuklah merubah pendekatan kepada politik baharu yang boleh diterima rakyat. "Jadi kerana itulah kita sudah tidak ada pilihan lagi. Kena pastikan bahawa persediaan rapi perlu dibuat dan penuh berstrategi. Yang paling utama adalah solidariti dan permuafakatan menyelesaikan segala isu dalaman dan sesama sendiri. "Hari ini kita buat persediaan jentera kita yang terkuat kerana dalam ucapan presiden parti menyatakan bahawa PRU14 ini bukan sebarang pilihan raya," katanya. Beliau ditemui pemberita di PAU 2017 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau yang juga Menteri Besar berkata melalui ucapan yang penuh bersemangat oleh presiden UMNO tersebut turut menekankan tentang lima perkara bagi terus mendapat sokongan dari setiap ahli. "Pertama adalah berkait solidariti dimana kita mesti mempunyai kekuatan dan permuafakatan. Kedua berkait dengan berada di landasan yang betul. Seterusnya adalah memastikan dari segi penguasaan media. "Seterusnya kita kena memantapkan lagi kekuatan kita (UMNO) ini dan akhirnya Insyaallah kita beristiqamah serta berserah pada Allah," katanya. - teganukite.net |
Monday, 11 December 2017
Related Posts:
Bawa Politik Bermoral-PM Musuh kita adalah pembangkang, jangan cemburu sesama sendiri dan jangan menyerang sesama kita walaupun kita tak suka kepadanya dan saya paling tidak suka perkara ini, tegas Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Ra… Read More
Selamat Bersidang, Perhimpunan Agung UMNO Ke- 71- Ahmad Razif Saya turut sama mengalu-alukan Perhimpunan Agung UMNO ke- 71 dan mengucapkan selamat datang kepada semua perwakilan dan pemerhati dari segenap ceruk dan rantau. UMNO berakar umbi sejak tempoh masa yang begitu … Read More
Sokongan Terhadap BN Kian Meningkat Ahmad Razif sempat bermesra dengan masyarakat setempat sebelum menyempurnakan penyerahan bantuan kepada warga India dalam program di SK Lembah Jabor, Kemaman, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Sokongan rakyat t… Read More
Tentera Siber UMNO Perlu Pantas Tangani Isu Negatif-Ahmad Zahid Tentera siber UMNO perlu pantas menangkis sebarang isu negatif untuk menjatuhkan pemimpin atau kerajaan oleh pihak pembangkang khususnya perkara yang menjatuhkan karakter pemimpin, tegas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Ser… Read More
PAU 2017 : ‘Nostalgia Dongeng, Harapan Palsu. Transformasi Sebenar’ UCAPAN DASAR, KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR “Nostalgia Dongeng, Harapan Palsu, Transformasi Sebenar ” BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahiwabar… Read More