Zainuddin Zainal
Dato' Sri Mohd Najib (Tun Abdul Razak) adalah antara Perdana Menteri terbaik sejak saya berada dalam parti politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) 60 tahun lalu, kata
Menurutnya, pendapat dan analisa yang dibuat beliau itu mengambil kira rekod dan sejarah kepimpinan PM yang terdahulu dan tidak menafikan semua personaliti yang pernah mengetuai pentadbiran negara itu ada kelebihan masing-masing yang tidak perlu disangkal.
"Najib memang antara yang terbaik antara enam PM yang pernah saya bersama dan saya berani menyatakan beliau adalah PM yang bijak, berdedikasi dan tegas dalam mentadbir negara.
"Saya sempat bersama dengan lima orang PM sebelum sejak zaman Tunku Abdul Rahman...dan saya lihat Najib ni lain dari yang lain sebab itu saya menyokong penuh kepimpinannya,"katanya ketika ditemui Teganukita di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.
Zainuddin yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Kepada Mantan Menteri Kerja Raya, Dato' Zain Mohammad berkata, senario PAU kali ini juga sangat berbeza kerana merupakan perhimpunan Melayu terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Hebat dan terbaik...nampak penyatuan di sini apabila orang Melayu berkumpul tanpa mengira status demi kelangsungan parti keramat UMNO.
"Ini juga satu petanda yang baik untuk PRU14 nanti kerana saya melihat satu semangat yang berkobar-kobar di kalangan perwakilan dan para pemerhati yang datang....dan saya yakin UMNO dan BN akan terus memerintah dan mempertahankan Putrajaya,"katanya. - teganukite.net
|
Monday, 11 December 2017
Related Posts:
EKSPO TERENGGANU 2018: Sambutan Menggalakkan Untuk Hari Pertama Tengku Putera menerangkan kepada pengunjung untuk membolehkan mereka memenangi hadiah cabutan bertuah pada Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Sambutan Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung … Read More
EKSPO TERENGGANU 2018: Chicken Cottage Tambah Cawangan Di Sepuluh Negara Ahmad Razif ketika merasmikan Food Truck Chicken Cottage Pertama sempena Ekspo Terengganu 2018 Foto oleh Zulkifli Putra Restoran makanan segera Chicken Cottage terus melebarkan sayap perniagaannya dengan… Read More
Syarikat Telco Perlu Pantau Kad Sim Kitar Semula Jailani menyampaikan bantuan cermin mata kepada salah seorang ahli persatuan pesara kerajaan Malaysia Cawangan Hulu Terengganu Syarikat Komunikasi perlu memantau agen yang dilantik bagi mengekang masalah kitar semula ka… Read More
EKSPO TERENGGANU 2018: Tiga Isu Perlu Dipandang SeriusPeningkatan kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan menjadi tiga isu utama yang membimbangkan rakyat dan perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan negeri ini. Berdasarkan undian yang dibuat oleh pengunjung di Tapak e… Read More
EKSPO TERENGGANU 2018 : 1,200 Pengunjung Serbu Daftar Cabutan Bertuah Dua Jam Pertama Pengunjung beratur bagi mendaftar dan mendapatkan pasport cabutan bertuah menerusi 12 kaunter yang disediakan di pintu masuk utama Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Ekspo Terengganu 2018 … Read More