Monday, 11 December 2017
Wanita UMNO akan mempersiapkan diri sepenuhnya dan sedia menyahut cabaran jika ditawarkan kerusi kepada calon wanita di Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Zurina Abdul Rahman berkata, sudah terbukti lebih 50 peratus pengundi adalah wanita dan survival mana-mana parti politik serta kerajaan akan lebih terjamin apabila pemimpin wanita dengan isu wanita diarus perdanakan.
Katanya, ketika ini, Dewan Rakyat mempunyai 14 atau 6.3 peratus Ahli Parlimen Wanita Barisan Nasional (BN) termasuk lapan Wanita UMNO dan enam parti komponen, iaitu hanya 9.3 peratus Wanita UMNO daripada 86 Ahli Parlimen parti itu.
"Di Dewan Negara, wanita UMNO ada lapan dan wanita parti komponen ada tiga daripada 63 kerusi. Di Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, kita hanya ada 25 wanita UMNO dan lima wanita parti komponen.
"Maka, jika diberi peluang untuk calon wanita di Terengganu terutamanya kami bukan hanya menyambut baik, malah akan mempersiapkan diri untuk menyahut cabaran ini.
"Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan," katanya oleh Teganukita pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.
Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berpendapat sudah tiba masanya perubahan dilakukan di Terengganu dengan meletakkan calon wanita yang berkaliber.
"Kita ada ramai calon wanita yang layak dan boleh diketengahkan untuk PRU14 nanti.
"Mereka ini merupakan golongan profesional yang terdiri daripada peguam, guru dan ahli korporat yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan seperti formula 'likable' dan 'winnable' yang diumumkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman,"ujarnya.
Sementara itu, ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, PRU14 kali ini memerlukan calon 'likeable' dan 'winnable' tidak kira siapa asalkan boleh memenangkan Barisan Nasional.
"Ini juga merupakan saranan Perdana Menteri yang mahukan calon pilihan rakyat dan jika calon wanita yang menjadi kegemaran..apa salahnya jika kita letakkan calon wanita di Terengganu pada kali ini,"katanya. - teganukite.net
Related Posts:
PRU14: Calon Di Parlimen Setiu Layak Bertanding Ribuan penyokong BN membanjiri pekarangan Pusat Penamaan Calon Setiu Penamaan calon bagi Parlimen Setiu (P034) berjalan lancar apabila semua calon yang akan bertanding menyerahkan borang di Pusat Penamaan Calon di Pejabat … Read More
PRU14 : Gelombang Kebangkitan Iringi Calon BN Oleh : Ezzuan AhmadProses penamaan calon bagi P039, Parlimen Dungun berjalan lancar tanpa melibatkan sebarang provokasi dari setiap penyokong parti bertanding.Kesemua penyokong parti mula berarak menuju ke Pejabat Dae… Read More
PRU14: Penamaan Calon Kuala Nerus Lancar Proses penamaan calon P035 Kuala Nerus bertempat di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, pagi ini berjalan lancar.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasukan keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan ra… Read More
PRU14 : Pertandingan Bersaudara Di Parlimen Besut Pertembungan calon bersaudara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi Parlimen Besut (P033) menarik perhatian pengundi khususnya penyokong parti yang bertanding. Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (… Read More
PRU14: Penamaan Calon Parlimen Marang Penuh Debaran Calon-calon Parlimen dan DUN Marang bergambar setelah selesai penamaan calon. Proses penamaan calon Parlimen Marang (P037) berlangsung penuh debaran berikutan semua calon dan penyokong terpaksa menunggu sehingga hamp… Read More