Monday, 11 December 2017


Perhimpunan Agung UMNO 2017 menjadi bukti bahawa UMNO adalah parti yang mempunyai struktur mantap, organisasi tersusun, ada Perlembagaan dan peraturan serta patuh kepada undang-undang, malah dapat menunjukkan kepada parti-parti lain termasuklah serpihan UMNO, mengenai kaedah melaksanakan mesyuarat agung mengikut perlembagaan parti, yang juga menepati kehendak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), kata Setiausaha Agung UMNO, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya, inilah satu-satunya persidangan yang menghimpunkan bangsa Melayu, dengan asas dan tujuan sebagai sebuah parti politik, yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu, demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.
“Perhimpunan Agung UMNO 2017 ini bukan sahaja platform kepada anggota parti di akar umbi untuk mendengar amanat dan amanah daripada para pemimpin tetapi, persidangan ini juga adalah lambang kebersamaan dalam UMNO yang meliputi semua peringkat, dari cawangan, bahagian, negeri hinggalah ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO.
“Perjuangan UMNO terus dihayati dan bersemarak lantaran kekuatan sokongan dari ahli-ahli parti yang tidak pernah putus terhadap kepimpinan semua peringkat.
“Biarpun ada pihak luar yang melemparkan tohmahan, membuat tuduhan, menabur fitnah dan cuba memecahkan perpaduan parti namun, syukur Alhamdulillah, kesatuan setiap anggota UMNO telah mendukung kebersamaan dalam meneruskan perjuangan, bukan sekadar memastikan kesinambungan UMNO terus teguh, tetapi apa yang lebih penting adalah meneruskan penghayatan terhadap asas dan tujuan parti ini ditubuhkan. Dalam apa juga keadaan, perjuangan UMNO adalah untuk agama, bangsa dan negara.”
Tengku Adnan yang membacakan laporan UMNO sebelum memulakan persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2017, di Dewan Merdeka turut memaklumkan bahawa jumlah ahli UMNO telah meningkat kepada 3,644,295 orang dengan bilangan cawangan sebanyak 21,851.
“Dalam keadaan UMNO diserang dari pelbagai pihak, bukan hanya pembangkang atau bekas pemimpin UMNO sendiri, ternyata keahlian UMNO terus meningkat yang membuktikan bahawa parti ini sentiasa mendapat sokongan.
Jelasnya, negeri Sabah mencatat jumlah ahli tertinggi dengan Bahagian Silam mewakili ahli teramai sementara Kampung Batu Putih Darat, Libaran adalah Cawangan yang mencatat jumlah ahli tertinggi.
“Walaupun UMNO telah diasak dengan pelbagai tohmahan serta berdepan dengan pelbagai cabaran, namun syukur alhamdulillah kerana parti ini terus menerajui kecemerlangan, bukan sahaja dalam pembangunan dan kemajuan negara tetapi juga mempunyai jalinan hubungan dua hala yang amat baik dengan parti-parti politik serantau dan di peringkat antarabangsa.”
Beliau turut melaporkan, UMNO menerima delegasi luar negara seramai 95 orang, mewakili 20 parti melibatkan 16 buah negara. – MediaUMNO - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14: Ahmad Said Bakal Pertahan Kerusi Kijal Ahmad Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said turut diumumkan sebagai calon yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pengumuman itu sek… Read More
  • PRU14 : Calon Otai Kuala Berang Kekal Tengku Putera Calon otai, Dato' Tengku Putera Tengku Awang kembali mewarnai persada politik negeri apabila diumumkan mempertahankan kerusi bagi calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang bagi meng… Read More
  • PRU14 : BN Mampu Tawan Parlimen Dungun Din Barisan Nasional (BN) menzahirkan keyakinan mampu merampas kembali kerusi P039, Parlimen Dungun dari tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.Calon bagi kerusi tersebut, Dato' Din Adam berkata, keper… Read More
  • PRU14 : BN Gempur Sura, Paka Berita oleh : Izzuan AhmadDua kerusi `panas' Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Paka mampu digempur dan bakal dirampas semula Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Ini dilihat kepada p… Read More
  • PRU14 : Gandingan Dua `Z' Calon Serikandi BN Zaitun bersama anak-anak yang hadir memberi sokongan pada hari pengumuman calon Barisan Nasional, di Kediaman Seri Iman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Barisan Nasional (BN) Terengganu memahat sejarah apabila pert… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:12 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan