Monday, 11 December 2017
Petugas media yang bertugas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 teruja apabila dihidangkan dengan menu istimewa dari Terengganu yang dibawa khas untuk mereka.
Sebanyak 1,000 bungkus nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran anak syarikat kerajaan Terengganu, Terengganu Kitchen Sdn Bhd hari ini menjadi antara hidangan pagi yang disediakan untuk petugas di Laman Media.
Produk keluaran Terengganu Kitchen Sdn Bhd dihidangkan pada hari akhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 hari ini di taja khas oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Bagi penerbit berita Bahasa Arab TV Alhijrah,Yusuf Hassan berkata, ini merupakan kali kedua dia dapat merasai keenakan nasi dagang sejak Februari 2017.
"Masa tu saya bertugas di United Kingdom dan di hidangkan dengan nasi dagang frozen oleh kawan saya yang menetap di sana.
"Ia mempunyai rasa yang sememangnya cukup enak,bila makan tu tak puas dan sebaik sahaja saya pulang ke Malaysia, saya tercari-cari nasi dagang ni tapi tak jumpa sehinggalah hari bila Menteri Besar Terengganu mengagihkan kepada pihak media yang bertugas," katanya ketika ditemui Teganukita di Laman Media di Perhimpunan Agung UMNO 2017, hari ini.
Tambah Yusuf lagi, nasi dagang frozen ini senang di bawa ke mana-mana dan menarik dari segi pembungkusannya malah dia mencadangkan kerajaan negeri membuat strategi pemasaran yang lebih baik agar ianya mendapat sambutan luar biasa.
Sementara itu,wartawan News Strait Times (NST), Rosela Ismail yang mencuba buat kali pertama pada hari menyatakan dia terus terpikat dengan keenakannya yang tersendiri.
"Selama ni hanya dengar kalau datang ke Terengganu memang wajib makan nasi dagang.Bila hari ni kami dihidangkan dengan menu nasi dagang ..dengan reaksi kawan-kawan yang menyatakan ianya enak, terus saya mencubanya...terbukti memang sedap.
"InsyaAllah, selepas ini saya mungkin akan menjadi pelanggan tetap nasi dagang frozen ini sebab mudah dimakan dan dibawa ke mana-mana kalau perlu,"katanya lagi. - teganukite.net
Related Posts:
Annuar Tidak Berhasrat Sambung Kontrak Pengerusi Mara Saya tidak berhasrat untuk menyambung kontrak sebagai Pengerusi Mara dan hasrat ini telah nyatakan dalam satu surat yang dihantar kepada Perdana Menteri(PM), Dato' Seri Nohd Najib Razak, demikian jelas Ketua Penerangan U… Read More
Dr Fauziah Dianugerah Tokoh NGO Wanita Perdana Menteri menyampaikan anugerah kepada Dr Fauziah pada Majlis Perdana Ulama Umara dan NGO Islam Bersama Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini. Foto oleh Harish Fadzilah Abu Kasim Anak jati Terengganu, Timbalan P… Read More
Kerajaan Negeri Akan Bantu Keluarga Mangsa Bot Terbalik Di Muara Kuala Dungun Kerajaan negeri akan membantu keluarga mangsa yang kehilangan ketua keluarga akibat lemas dalam kejadian bot terbalik di muara Kuala Dungun, Rabu lalu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya mema… Read More
Penyumbang RM1 Tabung UKM Terharu Ditaja Tunai Haji Penyumbang RM1 untuk Tabung Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 49 tahun lalu, bersyukur dan terharu apabila mendapat penajaan daripada universiti itu untuk menunaikan ibadat haji pada musim ini. Mohamad Nord… Read More
Maidam Beri Khidmat Peguam Percuma Kepada Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menawarkan khidmat guaman percuma kepada golongan asnaf di negeri ini sebelum akhir tahun. Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ism… Read More