Monday, 11 December 2017
Kampung Ladang di pusat Bandar Raya Kuala Terengganu dan Telaga Papan di Setiu bakal menjadi katalis pembangunan hab digital di Pantai Timur, tidak lama lagi.
Projek di Kampung Ladang yang menelan belanja RM10 juta dijangka bermula tahun depan, manakala Telaga Papan, Setiu di kawasan seluas 2,000 ekar sedang menunggu kelulusan Kerajaan Pusat sebelum bermula fasa pertama.
Naib Presiden QSR Brands Holdings Berhad, Dato' Faris Yahaya berkata, projek di Setiu mengguna pakai model Cyberjaya dan sebaik projek melibatkan jumlah bilion ringgit itu diluluskan, kerja awal pembangunan di kawasan 200 ekar akan dilaksanakan.
"Projek ini akan menawarkan jualan dan perkhidmatan produk, pembelajaran dan ruang kerja atau operasi syarikat-syarikat dan usahawan yang terlibat dalam kegiatan ekonomi digital.
"Pembangunan hab berkenaan akan mengguna pakai model Cyberjaya dengan menyediakan ekosistem yang sesuai dalam mewujudkan lokasi pelaburan pilihan untuk syarikat-syarikat teknologi," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika ditemui pada Program Pemantapan Bekas-Bekas Yang Berhormat dan pesara Pegawai Tadbir Negeri (TCS) serta kakitangan Unit Komunikasi Negeri (UKOM) yang diadakan di Regency Hotel Kuala Lumpur, malam tadi.
Turut hadir, Pengarah UKOM Dato' Muda Mamat.
Katanya, fasa pertama pembangunan hab digital bagi Telaga Papan akan melibatkan kawasan seluar 200 hektar terlebih dahulu.
"Ini termasuk ruang pejabat, pusat penyelidikan dan pembangunan, pusat komersial dan sebagainya," ujarnya.
Faris yang sebelum ini Pengarah Urusan Cycberview bertanggungjawab membangunkan Cyberjaya telah berjaya menjadikan bandar berkenaan sebuah hab teknologi global.
Mengulas mengenai manfaat yang bakal diperolehi rakyat negeri ini termasuk peluang pekerjaan hasil pembangunan hab digital tersebut, katanya ia bergantung kepada kemasukan pelaburan dari dalam dan luar negara dan tidak boleh diwujudkan serta merta.
"Diharapkan ianya akan membuka peluang kerja khususnya kepada lulusan universiti apabila ianya beroperasi kelak," ujarnya - teganukite.net
Related Posts:
Pemuda Yakin Ahmad Razif Pemimpin Berjiwa Mulia Mampu Meraih Kejayaan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu amat yakin di bawah pimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, BN akan meneruskan mandat rakyat dengan majoriti kerusi yang lebih baik … Read More
Sultan Terengganu Dijadual Berangkat Ke Kolokium Pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Kolokium Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat negeri di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu p… Read More
PSUK Terengganu Jalin Kerjasama Dengan UniSZA Perkasa Modal Insan Pegawai Tadbir Negeri Satu kerjasama strategik khususnya dalam sektor pendidikan bagi memperkasa modal insan dalam kalangan pegawai tadbir negeri ini diwujudkan di antara Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Terengganu dan Universiti S… Read More
Bajet 2018 Akan Lebih Mesra Rakyat Bajet 2018 yang akan dibentangkan 27 Oktober ini diyakini akan memberi manfaat kepada rakyat secara umum dan lebih mesra rakyat terutama kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian … Read More
Polis, SRS Bekerjasama Tangani Gejala Dadah Polis Terengganu akan bekerjasama dengan Skim Rondaan Sukarela(SRS) bagi membanteras jenayah termasuk gejala dadah di kampung-kampung di seluruh negeri ini.Ketua Polis Terengganu, Dato' Aidi Ismail berkata,bantuan SRS sang… Read More