Sunday, 3 December 2017



Sebanyak 10,000 pek nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) bakal memasuki pasaran London bermula 30 November ini.

Pengurus Besarnya, Tengku Zulkarnain Awalludin berkata, daripada jumlah tersebut, 5,000 pek nasi dagang dan 5,000 pek keropok lekor akan dihantar terus melalui penerbangan tanpa henti Maskargo.


Katanya, ianya bakal melakar sejarah di mana makanan tradisi Terengganu iaitu nasi dagang dan keropok lekor bakal diedar dan dipasarkan oleh Chicken Cottage yang juga merupakan syarikat milik Kerajaan Negeri di beberapa pasaraya sejuk beku makanan Asia di sekitar Kota Raya London.

"Kita yakin penghantaran pertama ke pasaran di United Kingdom ini bakal menjadi titik tolak kepada penetrasi potensi pasaran-pasaran lain termasuk kotaraya Dubai, Mekah dan Madinah di Asia Barat.


"Kerajaan negeri telah menjalankan kaji selidik produk dan mendapati terdapat permintaan yang memberangsangkan terhadap makanan sejuk beku di pasaran United Kingdom dan Eropah serta di Asia Barat terutama nasi dagang dan keropok lekor yang menawarkan keunikan dan kelainan rasa," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Tengku Zulkarnain berkata, penyediaan dua makanan tersebut yang amat mudah dan ringkas merupakan antara faktor tarikan kepada penggemar makanan segera di London.


“Hanya masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama empat minit dan ianya sedia untuk dimakan.

“Dua makanan tradisional ini secara tidak langsung mampu menonjolkan imej Terengganu sebagai salah satu daripada makanan tradisi turun temurun yang sentiasa digemari oleh sesiapa sahaja di samping ianya juga merupakan antara produk pelancongan yang mampu menggamit masyarakat di United Kingdom untuk mengenali lebih dekat produk dan destinasi pelancongan di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, keunikan pembungkusan produk sejuk beku tersebut juga akan membantu menonjolkan imej negeri bukan sahaja sebagai destinasi negeri cantik budaya menarik yang menerujakan, malah Terengganu juga terkenal sebagai destinasi makanan tradisi yang berjaya menambat hati setiap pengunjung. - teganukite.net

Related Posts:

  • Lima Skim Bantuan Dan Kemudahan Disediakan Untuk Usahawan IKS Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menyediakan lima skim bantuan dan kemudahan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Band… Read More
  • UniSZA Perkenal Produk Susu Kambing Pehemi menunjukan produk susu kambing keluaran UniSZA Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA) mengorak langkah mengeluarkan pelbagai produk makanan berasaskan susu kambing berjenama UniFarm. Naib Canselornya, Dato'… Read More
  • Pisang Kejuk Dalila Jadi Tular Dunia perniagaan berasaskan makanan turut mengalami evolusi dan inovasi pantas akibat kuasa media sosial masa kini. Bagi Nur Dalila Farhana Yusof, 29, yang menjalankan perniagaan `Pisang Kejuk' bersama suaminya sejak du… Read More
  • 16 Spesies Ikan Utama Bernilai Tinggi Ditemui Di Sungai Besut Sebanyak 16 spesies ikan utama yang bernilai tinggi dan boleh menjadi sumber mata pencarian kepada nelayan darat ditemui di Sungai Besut. Pengerusi Jawatankuasa  Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladang… Read More
  • Sate Jabi Bakal Setanding Sate Kajang Ahmad Razif membakar sate sebelum menikmati hidangan itu di Kedai Sate Kak Mah Jabi sempena Majlis Santai Sepetang Bersama YAB MB Di DUN Jabi, semalam. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Kerajaan negeri berhasrat menjadikan … Read More

Demi Masa

SABTU, 21 Jun 2018
2:11 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75735
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan