Sunday, 3 December 2017

Mazli bersama pelajar SK Jongok Batu yang menerima barangan sekolah. Foto oleh JaPen

Dalam usaha mengurangkan tanggungan ibu bapa menjelang sesi persekolahan baru, Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu mengadakan Program Engagement Bersama Pelajar Sekolah Angkat di Sekolah Kebangsaan (SK) Jongok Batu, Dungun, semalam.

Seramai 73 pelajar terpilih menerima barangan seperti  beg sekolah, baju, seluar, kasut dan stokin. 

Penolong Pengarah JaPen, Mazli Hamdan berkata, setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk memiliki barang serba baru semasa memasuki sesi persekolahan namun tidak semua mampu memilikinya disebabkan faktor keluarga yang kurang berkemampuan.


“Jadi inilah peranan kita untuk membantu mereka sekali gus memberi semangat kepada pelajar terutama bagi mereka yang baru memasuki Tahun Satu,” katanya.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Jongok Batu, Abd.Razak Jusoh.

Sekolah itu terpilih berdasarkan kemampuan ekonomi keluarga pelajar yang kebanyakannya bekerja kampung, petani, buruh dan penoreh getah.

Dalam pada itu, hari ini JaPen akan ke SK Kampung Nail untuk menggerakkan program sama. Kedua-dua sekolah berkenaan adalah sekolah angkat JaPen - teganukite.net

Related Posts:

  • 20,243 Calon Duduki PT3 Di Terengganu Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bermula semalam berjalan lancar melibatkan 20,243 calon menduduki peperiksaan terbabit di 155 pusat di seluruh negeri ini dan akan berakhir pada 12 Oktober. Pengarah … Read More
  • TATiUC Bakal Jadi Pusat Latihan Pekerja ECRL YB Ghazali Taib Kolej Universiti TATI (TATiUC) bakal menjadi pusat latihan pekerja bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Ghazali Taib berkata, ECRL dijangka mampu menyediakan seba… Read More
  • Zulkhibri Jadi Cikgu Tuisyen Rakan Sekuliah Graduan ijazah Kejuruteraan Teknologi Pembuatan yang juga bekas pegawai bank, Zulkhibri Baharom, 39, berasal dari Batu Pahat, Johor dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti … Read More
  • Terengganu Lokasi Pencarian Protege Ekspeditor Negara Sebahagian peserta yang hadir pada Programpada Program Sesi Perkongsian Pengalaman dan Pemilihan Protege sempena Misi Aweta 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini. Harish Fadzillah Kassim … Read More
  • 555 Graduan Dirai Sempena Konvokesyen TATiUC Seramai 555 graduan Kolej Universiti Tati (TATiUC) menerima diploma dan ijazah masing-masing di Majlis Konvokesyen di Dewan Canselor TATiUC, Kemaman, hari ini. Majlis yang diadakan bersama dengan Sambutan 10 tahun TATiUC &… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
8:10 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74699
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan