Tuesday, 22 August 2017


Dunia perniagaan berasaskan makanan turut mengalami evolusi dan inovasi pantas akibat kuasa media sosial masa kini.
Bagi Nur Dalila Farhana Yusof, 29, yang menjalankan perniagaan `Pisang Kejuk' bersama suaminya sejak dua tahun lalu, pengaruh media sosial seperti facebook dan whatsapp juga banyak membantunya untuk melariskan perniagaan dengan penularan promosi yang lebih cepat.
Katanya, pada permulaan perniagaan, dia hanya menjual di kedai terletak di perkarangan Flat Polis Padang Hiliran Kuala Terengganu sebelum meluaskan rangkaian bagi memenuhi permintaan ramai penggemar `pisang cheese' istimewanya itu dengan membuka lima cawangan baharu lagi.
"Alhamdulillah sekarang saya telah dapat membuka enam gerai, iaitu empat di Terengganu. Selain di Flat Polis Hiliran, Gudang Makan (Manir), Kedai Molek dan Sura Jeti di Dungun), manakala satu di Taman Daya Johor Bharu dan satu lagi di Lembah Sirih,Kota Bharu, Kelantan.
“Perniagaan kami bukan sahaja pelanggan datang dan ambil sendiri, bahkan kami meluaskan perkhidmatan menerusi perkhidmatan `COD' (Cash On Delivery), tetapi bukan setiap hari. COD pada hari yang tertentu sahaja,"katanya kepada Teganukita.
Menceritakan permulaan dia berjinak-jinak menceburi bidang itu,Dalila membantu ibunya seorang penjual goreng pisang sebelum tercetus idea untuk memvariasikan produk makanan itu supaya lebih menarik dan memberi kelainan kepada penggemar `dessert' dan kudapan petang di Terengganu.
Dia juga mengenakan harga berbeza setiap pilihan dan mengikut perisa yang diinginkan pelanggannya seperti keju coklat, coklat marshmallow, coklat bubble, pelangi dan keju susu.
"InsyaAllah, pada masa yang akan datang, saya akan membuka cawangan di seluruh negeri serta menambah lagi kepelbagaian perisa bagi memenuhi selera penggemar pisang cheese yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia,”katanya, - teganukite.net

Related Posts:

  • Qasidah, Kuih Lemak Manis Kuih Qasidah merupakan sejenis kuih tradisional Terengganu yang lemak manis. Antara bahan digunakan untuk menghasilkan kuih seakan sekuntum bunga mawar ini adalah tepung, minyak sapi,gula, santan, telur, air, daun pandan s… Read More
  • Air Cendol Tengah Bandar Punca Rezeki Pak Safril Syawal memberi limpahan rezeki buat seorang warga emas yang mengusahakan jualan air cendol di tengah pusat Bandar Raya Kuala Terengganu apabila banyak menerima tempahan terutama untuk majlis rumah terbuka. Mengekalkan re… Read More
  • Panji Curve, Bangunan Komersial Tarikan Terbaru Di Kuala Terengganu Panji Curve setinggi empat tingkat di Dataran Panji, Gong Kapas, Kuala Terengganu. Foto Zulkifli C W Putra Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) terus melebarkan sayap perniagaannya apabila memiliki s… Read More
  • Permintaan Air Tuak Meningkat Mendadak Di Bulan Ramadan Ismail menunjukkan proses mengumpul air tuak sambil disaksikan Yang Dipertua Daerah Marang, Rozali Salleh (dua dari kiri) ketika lawatan ke kawasan perusahaan itu, baru-baru ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. A… Read More
  • Penerbangan Terus JB - Terengganu Bermula Ahmad Razif menyambut penumpang yang menaiki penerbangan pertama dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu sejurus mendarat di LTSM. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Anda dari Johor hendak ke Terengganu atau dari Terenggan… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 26 Jun 2018
12:49 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75808
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan