Sunday, 19 November 2017

Ahmad Razif ketika merasmikan  Program Cakna Komuniti UniSZA. Foto oleh Zulkifli C W Putra

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) setia  meneruskan program kemasyarakatannya di mana kali ini menjadikan Dataran Permata, Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Nerus sebagai lokasi tumpuan ramai sempena Program Cakna Komuniti UniSZA,  selama dua hari dan berakhir hari ini.

Perasmian program itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abdul Rahman petang  semalam  yang turut dihadiri pengurusan tertinggi universiti berkenaan diketuai Naib Canselornya, Prof Dato’  Dr Ahmad Zubaidi.

Program itu diadakan antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti setempat mengenai pentingnya keceriaan dalam kehidupan serta bersemangat agar dapat membentuk komuniti yang berdaya saing.

Di samping itu, Program Cakna Komuniti UniSZA dengan penglibatan kira-kira 500 pelajar semester satu itu juga untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga kampus universiti dengan masyarakat sekitar berasaskan pelbagai program menarik yang disediakan.


Antara acara menarik turut memeriahkan program dua hari yang dijayakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pos Malaysia. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan