Perkhidmatan bas Darul Iman Xpress mula beroperasi di Terengganu Oktober lalu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Pemilik syarikat pengangkutan bas Ekspres Perdana, Laili Ismail melebarkan rangkaian perniagaannya dengan membuka syarikat baharu Selesa Transit Sdn Bhd membabitkan pelaburan awal berjumlah hampir RM4 juta.
Laili yang juga Pengarah Urusan bagi kedua-dua syarikat itu berkata, Selesa Transit Sdn Bhd akan bertanggungjawab sebagai pengendali perkhidmatan bas ekspres Darul Iman Xpress yang berpangkalan di Terengganu.
Katanya, untuk permulaan perkhidmatan Darul Iman Xpress beroperasi dengan dua bas melibatkan laluan Terengganu ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Shah Alam, Klang dan Kajang dan sebaliknya.
“Perkhidmatan bas ini mempunyai beberapa kelebihan dan tarikan tersendiri antaranya tahap kelajuan maksimum hanya dihadkan kepada 90 kilometer sejam.
"Kita sentiasa mengambil kira aspek keselamatan penumpang, jadi had kelajuan ditetapkan hanya 90 kilometer sejam dan kelajuan bas ini akan dipantau atau dikawal oleh petugas di bilik operasi kami," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Darul Iman Express di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, hari ini.
![]()
Menurut Laili, bas Darul Iman Express yang mempunyai 45 kerusi itu juga bukan sahaja dikendalikan semua pemandu muda yang berpengalaman dan terlatih malah mereka juga dipastikan bebas daripada penyalahgunaan dadah dan bersedia memberi layanan terbaik kepada penumpang.
"Kita sentiasa mementingkan keselamatan serta keselesaan penumpang dan atas sebab itulah, setiap bas baharu yang kita beli hanya perlu beroperasi selama lima tahun, selepas itu kenderaan ini akan dijual untuk kita beli bas baharu dan begitulah seterusnya," tambahnya. - teganukite.net
|
Thursday, 23 November 2017
Related Posts:
UniSZA Meterai MoU Dengan IPB, Indonesia UniSZA Jalin Kerjasama dengan Insititut Pertanian Bogor (IPB) Indonesia, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Insititut Pertanian Bogor (IPB) Indonesia, melibat… Read More
30 Anak Terengganu Dipilih Sebagai Pembantu Sajian Di Syarikat Brahim's Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Syarikat Brahim’s SAT Food Service Sdn Bhd menyediakan peluang kepada 30 anak Terengganu berkhidmat sebagai pembantu penyajian (CA) di syarikat Brahim’s yang be… Read More
UniSZA Jalin Kerjasama Dengan 10 Universiti Di Jordan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama dengan 10 buah universiti di Jordan melalui majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Education Malaysia Jordan, Amman, Jordan, hari ini. A… Read More
THT Tidak Rela Dikecewakan Buat Kali Kedua Ahmad Razif bersama pasukan THT. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Kapten Pasukan Hoki Terengganu (THT), Fitri Saari tidak rela pasukannya dikecewakan buat kali kedua ditangan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) apabila … Read More
Terengganu Terbang Tinggi Ke Seluruh Dunia Ahmad Razif berlatar belakangkan kapal terbang Air Asia dengan paparan Beautiful Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kerajaan negeri membelanjakan RM2 juta untuk mempromosikan Terengganu dalam dan luar ne… Read More