UniSZA Jalin Kerjasama dengan Insititut Pertanian Bogor (IPB) Indonesia,
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Insititut Pertanian Bogor (IPB) Indonesia, melibatkan beberapa kerjasama dalam bidang pertanian, bioteknologi dan teknologi makanan.
Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi A Latiff berkata tujuan MoU berkenaan sebagai usaha meningkatkan lagi jaringan kerjasama yang memfokuskan kepada pertanian dan perubatan veterinar.
“Untuk bidang pertanian ini, kita akan lebih bekerjasama dan memberi tumpuan kepada pembiakan tumbuhan, hortikultur, patolagi tumbuhan dan perladangan” katanya.
Menurutnya lagi, UniSZA juga merancang untuk mengadakan memorandum perjanjian (MoA) bersama IPB yang merangkumi program mobiliti pelajar berkredit dan tidak berkredit.
“Kita juga akan berkerjasama dalam program `summer camp' serta pertukaran pensyarah jemputan dan profesor adjung” katanya dalam satu kenyataan media.
MoU tersebut ditandatangani olehnya selaku Naib Canselor UniSZA, manakala pihak IPB pula diwakili Rektornya, Dr. Arif Satria - teganukite.net
|
Sunday, 14 January 2018
- January 14, 2018
- ketuapkp
- PENDIDIKAN , UTAMA