Tuesday, 24 April 2018

Wan Nawawi berkata sesuatu kepada Zamri ketika menghadiri Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok yang telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Serikandi To’ Puan Seri Halina Zakaria di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail menyeru pengundi membuat keputusan yang bijak dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar berkaliber pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Beliau yang juga Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berkata, kuasa kira-kira 104,000 pengundi akan menentukan individu yang bakal menjadi wakil rakyat parlimen tersebut bagi memastikan agenda pembangunan rakyat di kawasan itu dapat diteruskan.

 “Terserah kepada rakyat buat pilihan. Jangan undi saya kerana terpaksa, saya mahu semua orang dapat keberkatan.  InsyaAllah, bersandarkan keberkatan saya dapat laksanakan tugas dengan baik. Jangan lari dari apa yang diajar oleh al-Quran.

“Biarlah pengundi yang menentukannya. Pengundi perlu memilih calon yang benar-benar layak. Apa yang pernah saya lakukan selama ini ketika berkhidmatan dalam pentadbiran negeri akan saya praktikkan dalam dunia politik sekiranya saya diberi mandat pada pilihan raya kali ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok yang telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Serikandi To’ Puan Seri Halina Zakaria di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini.

Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Batu Burok, Zamri Awang Hitam yang juga calon BN DUN Batu Burok.

Katanya, beliau juga berharap pengundi di Parlimen Kuala Terengganu membuat pilihan yang tepat untuk memilih calon yang boleh membantu mereka dan membawa suara mereka kepada kepimpinan Pusat untuk direalisasikan.

Wan Nawawi mula dilantik ke jawatan tertinggi pentadbiran negeri pada 3 Ogos 2016 dan perkhidmatannya berakhir pada Ogos tahun lalu kemudian disambung selama setahun.

Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai SUK iaitu empat bulan lebih awal dari tarikh asal untuk menumpukan kepada gerak kerja sebagai calon BN Kuala Terengganu bagi menghadapi PRU14.

Lulusan Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Oklahoma, Amerika Syarikat itu pernah menjadi Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Setiu di samping Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan dan Pegawai Kewangan negeri. - teganukita.net

Related Posts:

  • Teruskan Aktiviti Rondaan Di Bulan Syawal Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu meminta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) meneruskan aktiviti cegah jenayah di musim perayaan termasuk pada Ramadan … Read More
  • Sultanah Nur Zahirah Kurnia Sumbangan Raya SultanahTerengganu, Sultanah  Nur Zahirah mengurniakan sumbangan di majlis pengurniaan sumbangan Aidilfitri di Kompleks YTNZ, Kampung Tanjung Bunut, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra Yayasan T… Read More
  • Cahaya Pelita Raya Ceriakan Kampung Sekati Zubir menyalakan pelita ketika Program Turun Padang SempenaPertandingan Pelita Raya anjuran Jabatan Perlancongan Negeri Terengganu (JPNT)  Lebih 100 rumah di Kampung Sekati,  Kuala Terengganu diterangi cahaya pel… Read More
  • Kerajaan Negeri Terima RM11.67 Juta Royalti TNB Ahmad Razif menerima replika cek berjumlah RM11.67 juta sebagai bayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air tahun kewangan 2017 oleh Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM), Kenyir Bahagian Penjanaan Tenaga Nasi… Read More
  • Rumah Transit BSK Bakal Operasi Selepas Aidilfitri Ini Terengganu bakal mempunyai Rumah Transit Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang disediakan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) sebagai bantuan penginapan sementara kepada pelanggan BSK dan dijangka dapat memulakan … Read More

Demi Masa

SABTU, 15 Mac 2018
3:07 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74654
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan