Tuesday, 24 April 2018

Toh Seng Cheng
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Toh Seng Cheng berikrar untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan menggerakkan momentum hingga kemuncak bagi mengembalikan kegemilangan kawasan itu.

Calon BN DUN Bandar yang lebih dikenali sebagai Áh Cheng' itu turut bertekad memastikan majoriti pengundi kawasan itu akan kembali menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

"Kita sudah lebih setahun bekerja dan memberi perkhidmatan tanpa jemu kepada penduduk memberi perkhidmatan terbaik oleh semua komponen dan sayap parti yang penuh komitmen secara tidak langsung mampu menguatkan lagi sokongan bukan Melayu dan golongan muda yang dilihat lemah sebelum ini.


"Saya melihat gelombang perubahan sokongan kepada BN sudah berlaku dan kita tidak boleh leka, malah perlu lebih gigih kerana setiap undi tanpa mengira bangsa dan golongan usia itu amat penting untuk kita meraih kemenangan besar dan merampas semula DUN ini,"katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon-calon BN Terengganu, kelmarin.

Setiausaha MCA Bahagian Kuala Terengganu itu berkata, Dun Bandar mempunyai seramai 20,217 pengundi dan separuh daripadanya adalah pengundi muda. Sehubungan itu, pelbagai program dirangka bagi mendekati golongan itu serta merapatkan hubungan sesama bangsa seperti menerusi penganjuran Festival Peranakan Terengganu dan KT City Fun Run yang berjaya menghimpunkan golongan belia Melayu dan bukan Melayu dalam satu acara bersama sekali gus mengukuhkan perpaduan selain mewujudkan gaya hidup sihat.

"Jentera BN akan memberi fokus kepada pengundi muda yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan pengundi kawasan ini kerana mereka di kalangan yang mudah terpengaruh terhadap mesej dalam media sosial masa kini yang tidak tepat dan diputarbelitkan.

“Saya amat berharap sebagai pengundi muda, mereka lebih peka dan membuat analisis dulu sebelum menerima satu-satu berita yang banyak dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan,” katanya.
 
- teganukita.net

Related Posts:

  • UMNO Perlu Diyakini Juarai Nasib Rakyat UMNO perlu menggunakan kaedah komunikasi terbaik bagi meyakinkan rakyat bahawa parti itu yang benar-benar menjuarai nasib rakyat.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata… Read More
  • Pembangkang Cemburu Kejayaan BN Tindakan pembangkang melabelkan Malaysia bakal menjadi negara bankrap bukan sahaja berniat jahat malah satu strategi mensabotaj ekonomi negara.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, pemimpin pembangkan… Read More
  • Puteri UMNO Perlu Tangkis Serangan Pembangkang Di Media Sosial- Jailani Pergerakan Puteri UMNO perlu bersedia menangkis serangan-serangan parti pembangkang di media sosial dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU14)akan datang.Media Sosial menjadi satu kaedah berkempen yang paling berkesan bagi… Read More
  • Tamatkan Polemik Asal-Usul Tun M- Annuar Polemik mengenai asal usul Tun Mahathir  perlu ditamatkan dan jentera parti tidak akan terperangkap dengan percubaan untuk memanjangkan isu itu oleh pihak tertentu,tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Tan Sri Annuar M… Read More
  • Terengganu Sedia Pilih Calon Wanita Pada PRU14 UMNO Negeri Terenganu bersedia meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika dipersetujui Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, D… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 14 Mac 2018
3:38 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan