Monday, 9 April 2018


Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mewujudkan persempadan semula empat Parlimen dan lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini jika memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  nanti.

Pengerusinya, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, persempadanan semula itu penting bagi membolehkan wakil rakyat khususnya Ahli Parlimen memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

"Terengganu terlepas persempadanan pada 1999 apabila kalah (PRU10). Ini kerana persempadan semula dibuat  selepas mendapat kelulusan Sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) dan kelulusan sidang parlimen. Maka kita terlepas proses (persempadan)  itu sedangkan negeri lain sudah buat.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan JR (Jalinan Rakyat) PLUS Negeri Terengganu dan Jentera PRU14 Wanita Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini

Turut hadir Pengerusi Wanita Barisan Nasional Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Wanita UMNO Negeri, Datuk Fatimah Hamat.


Menurut Ahmad Razif, di bawah empat DUN pada masa kini, seorang ahli parlimen perlu berkhidmat kepada kira-kira 100,000 rakyat dan jumlah besar itu amat menyukarkan untuk memberi prkhidmatan yang lebih lancar.


Beliau sebelum itu amat berbangga dengan persiapan dan komitmen JR PLUS dan Jentera Pilihan Raya Wanita Negeri Terengganu yang sentiasa bersiap sedia untuk bekerja pada PRU14 sebaik pembubaran DUN dan Parlimen pada bila-bila masa sahaja.



"Kita cukup berkeyakinan untuk mempertahankan kerajaan negeri dan juga memberikan kemenangan kepada BN Pusat.

"BN Terengganu boleh menyumbang lebih banyak kerusi untuk Parlimen bagi membantu mengekalkan Kerajaan BN Pusat dan juga Kerajaan BN Terengganu," katanya. - teganukita.net

Related Posts:

  • PRU14 : Mat Tera Mampu Pulangkan Cukai Kepada BN Mohamed Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Mohamed Awang Tera sekali lagi menjadi taruhan Barisan Nasional (BN) di kerusi ADUN Cukai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)Mesra dengan panggilan 'Mat Tera' p… Read More
  • PRU14 : Jangan Pilih Wakil Rakyat `Chipsmore' Mohd Sabri bergambar dengan sekumpulan guru selepas merasmikan sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Terengganu, di Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Pengundi di Kuala Terengganu dim… Read More
  • PRU14 : Wakaf Mempelam Kian Membiru Salleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (PPD) Wakaf Mempelam, Salleh Othman optimis mampu menarik lebih ramai pengundi di DUN itu untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Katanya,&… Read More
  • PRU14 : Seng Cheng Tanpa Jemu Bantu Penduduk Toh Seng Cheng Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Toh Seng Cheng berikrar untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan menggerakkan momentum hingga kemuncak bagi mengembalikan kegemilangan kawasan itu.Ca… Read More
  • PRU14: Penduduk Bukit Besi Setia,Yakin Bersama BN Roslee Berita oleh : Izzuan Ahmad Majoriti pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi masih yakin dengan kemampuan Barisan Nasional (BN) dan akan kekal memberi mandat itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) k… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
9:35 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74666
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan