Monday, 5 December 2016

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli Putra

Penjawat awam dari semua agensi dan jabatan kerajaan di negeri ini harus mengamalkan sikap terbuka dalam menerima setiap maklum balas rakyat bagi mengelak terhakisnya keyakinan orang ramai terhadap organisasi kerajaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail  berkata, budaya berkenaan pen­ting bagi memperbaiki dan menambahbaik perkhidmatan yang ditawarkan selaras dengan transformasi perkhidmatan awam.

Katanya, antara faktor yang menyebabkan kepercayaan orang awam terhadap kakitangan kerajaan semakin hilang adalah berpunca daripada sikap negatif dalam diri segelintir penjawat awam itu sendiri.

“Saya menyeru kepada semua penjawat awam, carilah jalan untuk mengikis ruang-ruang kehilangan krisis keyakinan ini pada masyarakat.

“Kita seharusnya perlu lebih pandai melayani pelanggan dan menjawab setiap persoalan mereka dengan berhemah. Beritahulah perkara yang betul, apa sebenarnya yang berlaku serta berani berhadapan dengan mereka dan jangan cuba melarikan diri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahim Jusoh; Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Mohamad Kamil Othman; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Dato’ Abdul Rahman Yahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin.


Pada majlis tersebut, beliau turut menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bulanan kepada kakitangan WDI untuk Julai hingga November.

Sementara itu menurut Wan Nawawi, dalam usaha mewujudkan sebuah organisasi yang berpaksikan pengetahuan, mulai tahun hadapan kakitangan awam negeri ini akan dinilai berasaskan kepada peningkatan prestasi masing-masing.

“Dalam konteks ini, kita akan berhadapan dengan satu situasi di mana siapa cepat dia dapat, siapa pandai dia (mendapat) lebih dan siapa yang kreatif dia akan maju ke depan.

‘Kita akan terapkan sifat kerja untuk berlawan menjadi yang terbaik dan sebagai penjawat awam seharusnya perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang ada,” ujarnya.

Wan Nawawi berkata, selain patuh kepada arahan tugas dan menepati masa, ciri-ciri yang perlu ada di kalangan penjawat awam yang berwibawa juga adalah perlu mesra pelanggan serta melemparkan senyuman tanpa mengira dengan siapa kita berurusan. - teganukite.net

Related Posts:

  • Banjir : 64 Sekolah Ditutup Sebanyak 64 sekolah ditutup di seluruh Terengganu sehingga hari ini, berikutan kawasan sekolah yang ditelenggami air dan terputus hubungan akibat banjir yang melanda negeri ini. Daripada jumlah itu,  sekolah… Read More
  • Tiga Projek Perkedaian MBKT Beroperasi Awal Februari Ahmad Razif memberi penerangan kepada peniaga-peniaga ketika meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Tiga projek perkedaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu … Read More
  • Peniaga Jangan Ambil Kesempatan - MB Peniaga dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya ketika kerancakan kempen `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017'. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Ab… Read More
  • Banjir : Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 11,090 Orang Wan Nawawi bermesra dengan penjawat awam cemerlang selepas Perhimpunan Bulanan Bersama Penjawat Awam Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli Putra Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus mencatat peningkatan men… Read More
  • Pusat Akuatik Dibuka Semula Pertengahan Bulan Ini Ahmad Razif dalam lawatannya ke Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mula dibuka semula pada pertengahan Janu… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:28 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74703
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan