Thursday, 19 January 2017


Prihatin dengan masalah rakyat, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan setiap isu melingkari masyarakat dengan mengadakan hari bersama rakyat di kediamannya (Seberang Takir) pada setiap Khamis.

Dalam kesibukan jadual kerja sebagai pemimpin utama negeri, Ahmad Razif tetap mendengar dan meneliti satu persatu masalah serta permohonan yang dikemukakan orang ramai tanpa protokol dan batasan.

Orang ramai yang tiba di perkarangan rumah beliau dihidangkan dengan makanan sambil menunggu giliran untuk bersemuka serta mengemukakan aduan secara terus kepada beliau.

Rata-rata memuji pendekatan yang dilihat memudahkan masyarakat untuk menyelesaikan pelbagai masalah termasuk hal-hal kebajikan, tanah, rumah, masalah berulang dan lain-lain dibantu dengan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

Seorang pesara tentera, Ahmad Abdul Wahab Yahya,59, dari Kampung Teluk Ketapang berkata, inisiatif yang diperkenalkan menteri besar itu bukan sahaja dapat memudahkan penduduk untuk berjumpa secara bersemuka dengan pemimpin berjiwa rakyat itu, malah menjadi saluran tepat dalam mempercepatkan masalah dan urusan rakyat untuk diselesaikan.

“Sebagai contoh, pak cik datang hari ini mewakili rakan-rakan tentera yang berkhidmat di luar dan ingin pulang ke Terengganu. Masalah ini telah dikemukakan kepada menteri besar dan Insya-Allah, katanya akan diambil tindakan lanjut oleh pegawai berkaitan,” ujarnya kepada Teganukita.

Bagi warga emas, Esah Sulaiman,73, dari Kampung Banggol Air Lilih, Manir terharu dengan cara layanan menteri besar yang mengalu-alukan kedatangan rakyat ke rumahnya.

“Orang biasa (menteri besar) dengan rakyat ini tidak segan untuk jumpa terus dengan rakyat seperti kami. Mak cik rasa selesa sangat dapat bercakap dan memberitahu masalah yang dihadapi kepada Cikgu Razif,” ujarnya yang ingin meminta pertolongan berkaitan bil elektrik rumahnya yang tertunggak.

Sementara itu, Saidah Jusoh, 50, yang menghadapi masalah rumah membuat keputusan berjumpa dengan menteri besar untuk membuat permohonan pembaikian rumahnya yang semakin uzur.

“Saya harap pertemuan ini akan diadakan secara berterus bagi memudahkan penduduk melontarkan apa sahaja masalah yang dihadapi. Saya sokong sepenuhnya cara yang menteri besar buat ini,” ujarnya yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Telaga Daing.

Related Posts:

  • Banjir : VBT 2017 Tidak Terjejas Ahmad Razif bersama rombongan melawat ketika melawat pusat perpindahan banjir di SMK Badrul Alam Shah, Kemaman. Bencana banjir yang melanda di kebanyakan daerah di Terengganu tidak menjejaskan pelancong untuk melawat ne… Read More
  • Surirumah Berpantang Di Pusat Permindahan Banjir Seorang surirumah yang baharu sembilan hari melahirkan anak terpaksa  berpantang di pusat permindahan banjir selepas rumahnya di Kampung Jeram Hilir, Tepoh dinaiki  air sedalam dua meter. Zaini Ali, 28 dipin… Read More
  • Empangan Paya Peda Elak Ancaman Banjir Besar Pembinaan Empangan Paya Peda,Hulu Besut  berjaya mengurangkan limpahan air banjir kepada 25 peratus di kawasan Besut dan Setiu. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani… Read More
  • Banjir : Skuad Sukarelawan TTB Dikerah Bantu Pasca Banjir Ahmad Razif dan isteri bersama dengan sukarelawan dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di Dewan Sivik Paka, Dungun. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Skuad Sukaralewan TTB dikerah membantu mangsa bencana banjir di… Read More
  • Banjir : Makin Pulih Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan tahap sungai utama semakin surut dan kembali kepada paras normal. Bagaimanapun, kesan bencana itu mengakibatkan banyak kawasan yang terjejas teruk terutama ladang dan … Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
12:35 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan