Wednesday, 23 August 2017
Terengganu Incorporated Sdn Bhd berjaya melakukan Penjajaran Semula (RE) bersama agensi-agensi kerajaan negeri yang terpilih dalam menjayakan transformasi ekonomi.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, RE tersebut merupakan gerak kerja fasa kedua dan satu kesinambungan daripada 'Reorganization Exercise' iaitu gerak kerja fasa pertama yang telah dilaksanakan serta ditandatangani pada 1 Mac lalu.
Katanya, RE peringkat pertama tersebut melibatkan enam agensi negeri iaitu Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), Menteri Besar Incorporated, Terengganu Inc, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Yayasan Terengganu (YT), dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK).
"Dalam konsep ini, kita akan lakukan pertukaran dalam kepakaran masing-masing dan juga melakukan transformasi sekaligus dapat saling bantu membantu kerana ingin memaksimumkan pulangan daripada pelaburan yang dilakukan.
"Kepada jabatan-jabatan lain, kita akan lihat dari semasa ke semasa kerana RE ini akan dibuat secara keseluruhan kerana buat masa sekarang kita sedang membuat analisa untuk gabungkan syarikat-syarikat ini supaya mereka akan berada dalam kapasiti yang lebih besar," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani 'Heads of Agreement' diantara Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri Terengganu di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir, Speaker DUN, Dato' Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.
Sementara itu, Razif ketika berucap berkata 'Head of Agreement' dapat mewujudkan persefahaman dan kerjasama antara agensi dalam memastikan RE itu berjaya seterusnya merealisasikan transformasi ekonomi negeri.
Tambahnya, perlaksanaan RE tersebut akan memberi ruang proses kluster mengikut industri itu dilaksanakan dengan lebih berkesan, sekaligus mewujudkan sinergi antara industri serta memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi. - teganukite.net
Related Posts:
Peluang Promosi Lokasi Menarik Di Terengganu - Mohd Zubir Zubir berucap pada Majlis Makan Malam Bersama TYT Duta-Duta Sempena Lawatan Familiarisation Ke Terengganu. Foto Harish Fadzillah Kassim Program kunjungan 18 duta sempena Lawatan Familiarisation Ke Terengganu memberi … Read More
MB Bersarapan Bersama Ketua Perwakilan Asing Ahmad Razif dan isteri bergambar bersama ketua perwakilan asing di Duyong Marina & Resort Terengganu, pagi ini. Foto oleh: Zulkifli C.W. Putra Di sebalik kesibukan tugas, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Ra… Read More
Hotel PB Square Bakal Dibuka 1 Oktober Ini Hotel Paya Bunga (PB) Square, di tengah pusat bandar Kuala Terengganu sedang giat disiapkan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober ini.Hotel setinggi 13 tingkat dibangunkan menerusi Perbadanan Memajukan Iktisad … Read More
Terima Kasih Warga Pendidik - MB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan Selamat Hari Guru dan berterima kasih kepada semua warga pendidik di Negeri Terengganu sempena sambutan Hari Guru, hari ini. Ahmad Razif berkata, kecemerlanga… Read More
JaPen Perhebat Program Penerangan Betulkan Persepsi Negatif Masyarakat Peserta bergambar kenangan bersama tetamu kehormat yang memeriahkan Majlis Makan Malam Kembara Media Negaraku 2017 Negeri Terengganu, di Hotel Primula Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Isma… Read More