Wednesday, 23 August 2017


Projek pembangunan loji janakuasa tenaga solar berkapasiti 18.5 mega walt yang dijangka bermula Mac tahun depan di Telok Kalong, Kemaman mampu membuka lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada anak Terengganu.

Ahli Lembaga Pengarah Urusan Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Dato’ Mohamed Awang Tera, berkata pihaknya sentiasa meneroka peluang agar dapat dimanfaatkan bersama-sama kerajaan negeri, terutama penduduk negeri ini.

Katanya, pada masa sama dapat membantu menambah lagi inisiatif tertentu khususnya dalam bidang perniagaan bersesuaian dengan kemajuan industri Terengganu.

“Langkah besar syarikat dalam memperkasakan perniagaan lain adalah berkaitan bidang kejuruteraan marin yang mana EPIC Berhad telah berjaya mengembangkan peluang perniagaan dalam perkhidmatan dan penyelenggaraan kapal.

“Selain itu, Epic juga telah berjaya membuka lembaran dalam bidang kejuruteraan marin melibatkan perkhidmatan penyelenggaran pelantar gerudi yang sebelum ini di dominasi Syarikat Limbungan Keppel Corporation di Singapura,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 Mega Walt di Resort World Awana Kijal, Kemaman, kelmarin.. - teganukite.net

Related Posts:

  • Terengganu Umum 11 Barisan Exco Baharu Barisan 11 exco kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar (duduk, tengah) bersama pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya  (tiga dari kiri) dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azhar Abd Hami… Read More
  • Kerajaan Negeri Laksana Manifesto Secara Berperingkat-Peringkat Ribuan rakyat Terengganu hadir pada Himpunan Kesyukuran Kerajaan Rakyat Terengganu. Foto Tengku Syami Tengku Ismail Kerajaan negeri akan memastikan semua janji dalam manifesto  dilaksanakan secara berperingkat-… Read More
  • Kerajaan Negeri Tunai Janji, Beri Air Percuma Ahmad Samsuri ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Mingguan Exco yang pertama di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim   Rakyat yang kurang berkemampuan di… Read More
  • Tabika Kemas Beroperasi Seperti Biasa Dr Samsuri mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai. Foto Harish Fadzillah Kassim Operasi Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di negeri ini akan berjalan seperti biasa dalam proses p… Read More
  • Kerajaan Negeri Pimpinan Pas Teruskan Dana Raya Kerajaan negeri mengumumkan untuk meneruskan Bantuan Dana Raya 2018 sebagai menambahkan keceriaan dan kemeriahan sambutan perayaan Aidilfitri di kalangan rakyat negeri ini terutama kepada golongan berpendapatan kecil. Me… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 20 Jun 2018
1:04 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75727
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan