Sunday, 6 May 2018

Anggota ATM beratur untuk memasuki bilik mengundi.

Seramai 274 pengundi yang berdaftar sebagai pengundi awal melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat kawasan masing-masing bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Kem Rejimen 512 Askar Wataniah, Padang Midin, pagi ini.

Pengundi yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan serta veteran ATM memenuhi pusat pengundian sejak jam 8 pagi lagi.

Dalam pada itu, 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut melaksanakan pembuangan undi di Balai Polis Bukit Payung yang menjadi pusat pengundian yang merekodkan pengundi awal paling sedikit daripada empat pusat pengundian di Parlimen Marang hari ini.

Dua pusat pengundian lain yang dibuka ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Marang dan Kem Polis Simpanan Persekutuan, Wakaf Tapai. - teganukita.net

Related Posts:

  • Taman Ilmu : Ketua UPU Bandar Jerteh Ceroboh Untuk Memfitnah? Taman Ilmu yang diilhamkan mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dengan berkonsepkan ‘Sharing Fasility’ yang kini diteruskan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Ahmad Razif berusaha yang dilakukan … Read More
  • Tonjolkanlah Kebaikan, Bukan Fitnah BN Johari Abu Bakar Pembangkang perlu menonjolkan kebaikan dan kejayaan di negeri masing-masing, bukannya menarik simpati rakyat dengan menabur fitnah dan tohmahan terhadap Barisan Nasional (BN).Ketua Pemuda BN Terengganu,… Read More
  • Taman Ilmu : Tidak Terabai Seperti Yang Difitnah Projek Taman Ilmu dirancang pada 2004 apabila Kerajaan BN Terengganu kembali memerintah selepas zaman kegelapan pentadbiran Pas selama lima bermula 1999 hingga Mac 2004. Ilham Menteri Besar ketika itu Dato’ Seri Idris Ju… Read More
  • Taman Ilmu : Tidak Terabai Seperti Yang Difitnah Projek Taman Ilmu dirancang pada 2004 apabila Kerajaan BN Terengganu kembali memerintah selepas zaman kegelapan pentadbiran Pas selama lima bermula 1999 hingga Mac 2004. Ilham Menteri Besar ketika itu Dato’ Seri Idris Ju… Read More
  • Kerajaan Terengganu Cakna Bantu Rakyat Ahmad Razif sempat beramah mesra dengan penduduk di DUN Bukit Tunggal sebelum merasmikan Majlis Penutup Karnival Sukan Rakyat dan Jamuan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli… Read More

Demi Masa

ISNIN, 23 Jun 2018
2:09 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75771
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan