Thursday, 15 February 2018

Aidi menyaksikan Roslee Daud memakaikan topi kaledar baru kepada salah seorang pengguna jalan raya pada majlis Pelancaran Keselamatan  Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri 2018. Foto oleh Zulkifli CW Putra.

Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) dijangkakan sesak dengan penambahan bilangan kenderaan yang melalui laluan tersebut sehingga tiga kali ganda sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Ketua Polis Terengganu, Dato' Aidi Ismail berkata bermula Khamis ini, dijangkakan peningkatan sebanyak 40,000 buah kenderaan dan ianya akan menambahkan kesesakan di jalan-jalan keluar.

Katanya, sepertimana Ops Selamat yang dilakukan pada tahun sebelumnya, pihaknya akan melakukan kawalan secara 'total enforcement' bagi mengawal kesesakan lalu lintas dan membendung kemalangan jalan raya selain mencegah kecurian dan pecah masuk.


"Walaubagaimanapun, kita akan menempatkan anggota-anggota kita untuk melancarkan perjalanan.

"Keseluruhan anggota polis yang bertugas sepanjang Ops Selamat 12 adalah seramai 58 pegawai dan 362 anggota.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis Pelancaran Keselamatan  Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri 2018 berdekatan Bazar Padang Negara di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Pelancaran majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan  Raya (MKJR) Terengganu, Roslee Daud.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azlimin Mat Noor; Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Rahman Emang Anyie dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Left. Kol. Che Adam A. Rahman.


Dalam pada itu, walaupun terdapat pengurangan kemalangan dari segi statistik berbanding tahun lepas, Aidi berharap agar pengguna jalan raya berhati-hati agar tidak terjadi perkara tidak diingini.

Tambahnya, tiga kawasan 'blacksport' telah dikenalpasti iaitu KM 3 Jalan Kuala Terengganu/Kuantan ( Jalan Kamarudin), KM72 - KM73 Jalan Kuala Terengganu/Kuantan (Pulai Serai) dan KM170 Jalan Jerangau/Jabor (Padang Kubu).

Ops Selamat 12 telah bermula pada pada 9 Februari lalu dan akan berakhir pada 23 Februari ini. 


Related Posts:

  • 50 Tahun Hadapi Banjir,Terima Dengan Redha Segelintir penduduk di beberapa kampung di Telemong menyifatkan banjir yang melanda kawasan mereka adalah yang perkara biasa yang perlu dihadapi dengan redha dan tabah sejak bertahun-tahun yang lalu.Seorang warga emas, Rok… Read More
  • MOA Sedia Kerjasama SPRM, Polis Tangani Ketirisan Bantuan Pertanian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tiada ketirisan berlaku dalam penyaluran bantuan ol… Read More
  • Talian Hotline 24 Jam Pejabat MB Ahmad Razif melancarkan Talian Hotline Pejabat Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra Kerajaan negeri memperkenalkan Talian Hotline 24 Jam Pejabat Menteri Besar Terengganu b… Read More
  • Kerajaan Negeri Mahu JPS Kaji Punca Banjir Menteri Besar menyapa sekumpulan penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan Kampung Kepah, Telemong. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri mahu Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) melaksanakan kajia… Read More
  • Penternak Bawa 14 Ekor Kambing Berlindung Di Rumah Sebahagian Kambing yang sedang berehat di ruang tamu sambil diperhatikan Rohani. Jika lazimnya kambing bermalam di kandang tetapi berbeza pula di Kampung Nibong, Hulu Terengganu, haiwan berkenaan mendapat layanan istimewa … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:11 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan