Sunday, 6 August 2017

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong Merasmikan Majlis Pra Pelancaran Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Terengganu. Foto oleh Tg. Syamim Tg. Ismail.

Koperasi meluaskan skop penubuhannya apabila membuka 10 gerai di Tapak Pasar Tani Padang Hiliran, Kuala Terengganu bermula 3 Ogos hingga 10 Ogos ini .
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong berkata, kerajaan negeri menyokong sepenuhnya atas usaha-usaha yang dilakukan oleh koperasi selaras dengan agenda transformasi ke arah kesejahteraan.
“Dengan pogram yang diadakan ini, saya melihat koperasi banyak membuat perubahan dengan mengembangkan skopnya membuka 10 gerai di tapak pasar tani ini.
“Saya percaya dengan 700 buah koperasi yang kini ahlinya hampir setengah juta orang merupakan satu perkembangan yang baik dari koperasi. Malah, koperator Terengganu sering kali mendapat anugerah koperator yang terbaik di Malaysia.
“Saya turut menyeru kepada sesiapa yang belum menjadi ahli Koperasi untuk bergiat aktif dalam bidang ini kerana banyak peluang yang akan diperolehi sekiranya anda masuk menjadi ahli Koperasi,” beliau berkata demikian dalam sidang media Pra Pelancaran Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Tapak Pasar Tani, Padang Hiliran, Kuala Terengganu, pagi tadi.


Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Mohd Ruslan Awang berkata Koperasi telah lama terlibat dalam perniagaan di Pasar Tani tersebut. Walaubagaimanapun, koperasi cuba untuk terus mengembangkan dengan menubuhkan lebih banyak gerai di masa akan datang.
“Koperasi juga berharap agar Pasar Tani Padang Hiliran akan menjadi tempat para koperator untuk mengasuh bakat mereka dalam perniagaan,”katanya.
Antara badan koperasi yang terlibat ialah Koperasi Rukun Tetangga Telaga Batin Terengganu Berhad, Koperasi Peka Malaysia Berhad, Koperasi Mesra-Net Terengganu Berhad, Koperasi Warisan Keluarga Othman Kuala Terengganu Berhad, Koperasi TKPM Besut Berhad, Koperasi Kakitangan Ziq Terengganu Berhad, Koperasi As Salam Terengganu Berhad, Koperasi Pertis Terengganu Berhad dan Koperasi Kecantikan dan Spa Terengganu Berhad. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14: BN Tarik Balik Penggantungan Raja Ahmad Soufi Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersetuju untuk menarik balik penggantungan keahlian Ketua Cawangan UMNO Kampung Langgar, Raja Ahmad Soufi Sulaiman.Jelasnya, penarikan balik penggantungan ini bagi mema… Read More
  • PRU14 : Pembangunan Bukan Dari Tangan Pembangkang Oleh : Ezzuan AhmadPembangunan fizikal dan program kebajikan rakyat yang dikecapi oleh penduduk di Paka pada masa kini dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya hasil usaha pembangkang.Calon bagi kerusi … Read More
  • Inisiatif UTC Terbaik Di Dunia Mohd Najib menyerahkan Mykid dan sijil kelahiran kepada pengunjung yang mendapatkan perkhidmatan UTC sempena perasmian UTC  di Paya Bunga Square. Foto oleh Harish fadzillah Abu Kassim Tiada mana-mana negara d… Read More
  • PRU14 : Beri Mandat BN Terus Terajui Terengganu Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama calon-calon BN Hulu Terengganu pada Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.… Read More
  • PRU14 : Pembangkang Terdesak Tabur Fitnah Oleh :Ezzuan AhmadPembangkang sekali lagi dilihat terdesak apabila meraih simpati pengundi dengan membuat serangan peribadi terhadap calon kerusi N28, Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman.Dalam fitnahnya yang terbaru menyatak… Read More

Demi Masa

SABTU, 28 Jun 2018
7:37 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75834
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan