Sunday, 6 May 2018
Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersetuju untuk menarik balik penggantungan keahlian Ketua Cawangan UMNO Kampung Langgar, Raja Ahmad Soufi Sulaiman.
Jelasnya, penarikan balik penggantungan ini bagi memastikan sokongan daripada UMNO tetap utuh bagi kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau mengumumkan perkara tersebut di Program Mesra Rakyat Bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini.
Terlebih dahulu, Pengerusi Badan Peehubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman memaklumkan pihaknya telah membuat surat rayuan baru-baru ini kepada Lembaga Disiplin supaya Raja Soupi dikembalikan status ahli UMNO setelah digantung keahliannya selama enam tahun.
"Kita dah buat surat rayuan tersebut dan berharap kepada badan disiplin menerimanya kerana dia dah bekerja kuat untuk BN..jadi berilah peluang kepadanya," katanya lagi.
Raja Ahmad Soufi digantung keahliannya sebagai ahli UMNO mengikut perlembagan apabila melanggar peraturan 3.1.6 yang menggunakan media massa bagi menolak Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari sebagai calon PRU14 bermula pada 30hb Januari 2018.
Raja Ahmad Soufi yang ditemui berkata penarikan balik penggantungan keahlian UMNO merupakan satu berita gembira lebih-lebih lagi disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri.
"Saya ucapkan terima kasih kepada PM kerana menerima balik saya sebagai ahli UMNO. Sebelum ini pun saya tetap menjalankan tugas saya sebagai penyokong parti walaupun bukan ahli lagi sebab saya berjiwa UMNO.
"Saya akui mungkin cara saya mengkritik Ahli Parlimen Hulu Terengganu agak keras kerana menggunakan laman sosial sebagai tempat melontarkan serangan tetapi saya tiada pilihan apabila masih tidak ada perubahan setelah berjumpa antara satu sama lain.
"Dan pada hari ini apabila diberi peluang sekali dengan penarikan balik pengantungan keahlian UMNO, saya akan pastikan ianya tidak sia-sia dengan memberi kemenangan kepada BN pada PRU14 nanti," katanya. - teganukita.net
Related Posts:
Kerajaan Negeri Hantar Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Pulau Pinang Kerajaan negeri akan menghantar kira-kira 200 orang Skuad Sukarelawan TTB ke Pulau Pinang bagi membantu penduduk yang terjejas ekoran bencana banjir di negeri itu pada 9 November ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Suka… Read More
SKMM Mahu Tambah Menara Telekomunikasi Di Tasik Kenyir Kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berusaha menambah baik infrastruktur dan kemudahan telekomunikasi di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bagi memastikan liputan talian telefon di zon pelancon… Read More
Sekolah Seluruh Terengganu Bersedia Hadapi Banjir Sekolah di seluruh Terengganu diminta bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, langkah-langkah… Read More
Terengganu Lancar Pelan Induk Pelancongan Negeri 2018-2025 Dato' Wan Nawawi melakukan pertukaran MoU dengan Dato’ Dr Amin Khan sambil disaksikan oleh Dato' Seri Ahmad Razif dan Dato' Seri Idris Jala. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kerajaan negeri melalui Unit Transformasi Neger… Read More
Terengganu - Huawei Jalin Kerjasama Transformasi ICT Dato' Wan Nawawi melakukan pertukaran MoU bersama Abraham Liu sambil turut disaksikan oleh Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Seri Ahmad Razif. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Satu kerjasama antara kerajaan nege… Read More