Sunday, 6 May 2018
Oleh :Ezzuan Ahmad
Pembangkang sekali lagi dilihat terdesak apabila meraih simpati pengundi dengan membuat serangan peribadi terhadap calon kerusi N28, Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman.
Dalam fitnahnya yang terbaru menyatakan sekiranya BN memenangi kerusi itu pada pilihan raya kali ini, Tengku Hamzah dikatakan hanya akan menjaga kebajikan masyarakat Felda dan bukan masyakarat di sekitarnya.
Tengku Hamzah ketika ditemui berkata, fitnah yang ditaburkan itu menunjukkan seolah-olah pembangkang sudah terdesak dan ketandusan idea untuk meraih sokongan rakyat.
Menurutnya, sepanjang menjadi Pegawai Penyelaras DUN Paka, beliau tidak pernah bersikap 'pilih bulu' dalam memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada penduduk setempat.
"Meskipun saya berasal dari kalangan peneroka Felda, saya tidak pernah meminggirkan masyarakat lain dalam menghulurkan bantuan dan khidmat selama ini.
"Saya diberi amanah untuk menjaga kebajikan penduduk di Paka dan saya jalankan amanah tersebut sebaik mungkin," katanya.
Menurut Tengku Hamzah, sekiranya diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat, pembelaan dan kebajikan untuk warga Paka akan diteruskan selain menambah baik pembangunan dan projek untuk kesejahteraan rakyat.
Beliau juga tidak menolak bahawa pembangkang memang dikenali sebagai parti yang sering menaburkan fitnah dan akan berbuat apa sahaja untuk menarik simpati rakyat.
"Mereka (pembangkang) sendiri telah melihat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan namun masih lagi menabur fitnah untuk memburukkan kerajaan, seakan tiada kebaikan dan itu memang tugas mereka.
"Fitnah dan pembangkang sudah sinonim dengan mereka.. mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan cara tersebut," katanya.
Baginya, meskipun banyak fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap calon BN, rakyat sudah faham dan masak dengan permainan pembangkang sejak dari dulu lagi. - teganukita.net
Related Posts:
Program Sidang DUN GPMS Cungkil Bakat Kepimpinan Belia Program Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muda Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)2017 merupakan platform terbaik mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan belia negeri ini, kata Yang Dipertua Dewan… Read More
Terengganu Belanja RM867,600 Sempena Ihya' Ramadan Mohd Zubir menyerahkan bantuan kepada masjid dan surau seluruh Terengganu sempena Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, h… Read More
700 Kapal Layar Singgah Di Terengganu Ahmad Faisal bersama pelayar yang singgah di Kuala Terengganu dirai dalam satu majlis di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah Kassim Lebih 700 kapal layar membabitkan hampir 1,500 pelayar luar ne… Read More
Keuntungan TDM Berhad Cecah RM428.5 Juta Syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 . Pengerusinya, Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar , berkata bahagian perlad… Read More
YDSM, Dinas Pendidikan Provinsi Sulawesi Selatan Jalin Kerjasama Sultan Mizan ( tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman antara YDSM yang diwakili Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Abdul Rahman Embong manakala Dinas Pendidikan Provinsi … Read More