Thursday, 17 August 2017


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi, turut memberi kesan kepada jualan kuih-muih di Bazar Kuih Tradisional di Gong Kapas, Kuala Terengganu apabila semakin mendapat sambutan ramai khususnya untuk program mesyuarat cawangan sehingga ke perwakilan parti setiap bahagian.

Tengku Othman Tengku Mohd
Pemilik bazar berkenaan, Tengku Othman Tengku Mohd,50, yang menjalankan perniagaan bersama kembarnya, Tengku Ahmad Tengku Mohd, berkata setiap hari akan ada tempahan dari pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta yang menempah kuih di bazar untuk pelbagai majlis keraian.
“Lebih 100 jenis kuih tradisional dan moden yang terdapat di sini, banyak syarikat dan individu yang telah menempah kuih sekiranya ada mesyuarat dan program rasmi.
"Malah, sambutan juga semakin meningkat terutama untuk sajian di majlis mesyuarat di peringkat kampung sehingga ke peringkat negeri dan daerah (bahagian), apatah lagi menjelangnya PRU tidak lama lagi,"katanya kepada Teganukita.
Katanya, hasil jualan harian lebih kurang RM2,000 sehari, boleh meningkat kepada RM5,000 apabila ada tempahan khas untuk sebarang majlis.
“Kami sentiasa bersedia menerima tempahan, tidak kiralah dalam kuantiti yang sedikit ataupun banyak, kerana perniagaan kami dibuka setiap hari kecuali pada musim Aidilfitri dan Aidiladha.


Katanya, bazar kuih tradisional ini juga telah membuka satu lagi cawangan baharu di Mayang Place, Batu Buruk, sejak tahun lalu.
Tambahnya, walaupun bazar itu sudah ditambah baik kerajaan negeri bagi memberi keselesaan kepada peniaga pada Januari lalu, pihaknya berharap agar disediakan parkir kenderaan di hadapan bazar itu.
“Saya berharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah parkir supaya dapat menarik lebih ramai lagi pembeli untuk membeli dan membuat tempahan di sini,”katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • E- Commerce, Pasaran Yang Menguntungkan Perdagangan elektrik atau lebih dikenali sebagai E- commerce (E-dagang) dilihat sebagai medium baharu untuk usahawan pada masa kini menjual barangan dan perkhidmatan, sama ada melalui internet atau melalui rangkaian media… Read More
  • Qasidah, Kuih Lemak Manis Kuih Qasidah merupakan sejenis kuih tradisional Terengganu yang lemak manis. Antara bahan digunakan untuk menghasilkan kuih seakan sekuntum bunga mawar ini adalah tepung, minyak sapi,gula, santan, telur, air, daun pandan s… Read More
  • Panji Curve, Bangunan Komersial Tarikan Terbaru Di Kuala Terengganu Panji Curve setinggi empat tingkat di Dataran Panji, Gong Kapas, Kuala Terengganu. Foto Zulkifli C W Putra Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) terus melebarkan sayap perniagaannya apabila memiliki s… Read More
  • Air Cendol Tengah Bandar Punca Rezeki Pak Safril Syawal memberi limpahan rezeki buat seorang warga emas yang mengusahakan jualan air cendol di tengah pusat Bandar Raya Kuala Terengganu apabila banyak menerima tempahan terutama untuk majlis rumah terbuka. Mengekalkan re… Read More
  • Koperasi Luaskan Peranan, Sertai Pasar Tani Hiliran Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong Merasmikan Majlis Pra Pelancaran Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Terengganu. Foto oleh Tg. Syamim Tg. Ismail. Koperasi meluaskan skop penubuha… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 3 Julai 2018
3:38 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75902
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan