Mansor Omar (pendayung) bersama dua pembantu `bank support' (sokongan tebing) Jimie Mansor & dan Alef Shafiq yang mengiringi pendayung melalui jalan darat selama 71 hari ekspedisi ini.
Pesara Kanan Kerajaan, Mansor Omar, 70, dari Teluk Kalong, Kemaman, pendayung tegar dalam sukan kayak sedang berdayung secara solo menjelajah pantai Semenanjung Malaysia bermula 1 Julai hingga 9 September ini.
Ekspedisi tersebut bermula di Kelantan dan akan berakhir di Kuala Perlis.
Presiden Kayak Terengganu, Dzulkafli Abas berkata, program ini diadakan sebagai menandakan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60 dengan hari dayungan akan mengambil masa selama 60 hari di sepanjang pesisiran Semenanjung Malaysia. Katanya, pendayung akan tiba di Sempadan Kelantan - Terengganu pada 3 Julai di Pantai Bukit Keluang dan ekspedisi diteruskan di Pantai Penarik pada 4 Julai, seterusnya pada 5 Julai di Pantai Perkarangan Sutra Beach Resort, di pantai Perkarangan Primula Hotel Batu Buruk (6 Julai), Jeti Kecil Pantai Pulau Kerengga (8 Julai), Pantai Perkarangan Teratai Emas Beach Resort Rantau Abang (9 Julai), Pantai Paka, Dungun (10 Julai), Pantai Penunjuk Kijal (11 Julai), Pantai Teluk Mak Nik (12 Julai), Pantai Gebeng, Pahang (13 Julai). “Kami berharap Mansor Omar dapat merealisasikan impian beliau dan boleh memegang rekod sebagai 'Pendayung Solo Tertua' kali ini,” katanya. Program ini adalah sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan aktiviti berdayung di Malaysia di samping memperkenalkan setiap pantai yang menarik di Semenanjung. Ekspedisi selama 71 hari merentasi 11 negeri dan 60 tempat penginapan yang berbeza di setiap negeri.
|
Monday, 3 July 2017
Related Posts:
Terengganu Drag Battle 2017 King Of The King 2.0 Himpun 500 Pelumba Antara pelumba yang akan turut memeriahkan kejohanan yang bakal bermula pada 27 April ini di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Permotoran Terengganu Darul Iman (P… Read More
LAJSM 2017 Sasar 5,000 Atlet Luar Terengganu Rozi menunjukan baju peserta LAJSM 2017. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 yang menawarkan hadiah berjumlah RM186,000 menyasarkan lebih 5,000 pelumba luar Terengganu … Read More
Siti Rahmah Cipta Sejarah Ini kebanggaan dan kejayaan berganda buat Terengganu apabila Siti Rahmah memecah rekod muncul anak Terengganu pertama dinobatkan Olahragawati Kebangsaan sejak Anugerah Sukan Negara diadakan 51 tahun lalu, kata Menteri Bes… Read More
Terengganu Tuan Rumah Boling Padang Peringkat Antarabangsa Wan Nawawi memotong pulut kuning sebagai simbolik merasmikan Kejohanan Lawn Bowls International Open Fours Championship Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Terengganu mencatat sejarah apabila terpilih men… Read More
Litar Lumba Terengganu, Mula Dibuka Pembukaan Litar Lumba bertaraf antarabangsa di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus adalah ‘hadiah’ kepada golongan muda yang sebelum ini gemar menjadikan jalan raya sebagai litar l… Read More