Sunday, 16 July 2017
Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah hari ini menunaikan janjinya untuk membawa bekas gurunya, Ustaz Syed Abd Hamid Syed Ali, 58 tahun menunaikan ibadat haji tahun ini.
Hadiah istimewa diberikan di bawah kuotanya selaku Pengerusi Yayasan 1 Ummah.
Jailani berkunjung sendiri ke rumah bekas guru agama dan bahasa Arabnya di Telok Ketapang bagi menyerahkan cek tajaan kepada pesara guru itu yang telahpun mendaftar dengan Tabung Haji.
Abd Hamid menyifatkan inilah hadiah paling bermakna dalam hidup apabila hasratnya ingin menunaikan ibadah haji tercapai dengan perkhabaran gembira semasa hari guru 16 Mei baru-baru ini yang dibawakan bekas pelajarnya yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Bekas guru berkenaan bersyukur dan berterima kasih kerana Jailani yang sanggup hadir ke rumahnya bagi menyampaikan cek tajaan menunai haji di samping kuota yang diberikan oleh bekas muridnya itu.
"Sebelum ini pada mulanya saya hanya berbual dan menyatakan hasrat untuk menunaikan haji, dan saya tidak menyangka beliau terus menawarkan saya untuk menunaikan ibadah haji dengan menggunakan kuotanya pada tahun ini serta tajaan Yayasan 1 Ummah yang menganjurkan haji dan umrah setiap tahun kepada golongan yang difikirkan layak, "katanya.
Sementara itu, Jailani berkata, sumbangan yang diberikan itu kecil berbanding jasa gurunya tidak dapat dibalas kerana ia cukup besar dan bermakna buat dirinya dan baginya Abd Hamid cukup istimewa kerana mendidik secara mudah, pandai dan kelakar dalam menyampaikan ilmu menyebabkan pelajar tidak rasa jemu.
Sekolah Menengah Agama Batu Rakit kini telah dijadikan oleh kerajaan negeri sebagai Sekolah Pondok Moden.
Hadir sama bersama Jailani ke rumah bekas gurunya itu ialah rakan sekelasnya yang juga murid kepada Abd Hamid,Penolong Pengarah Yayasan Terengganu, Mohd Zaki Yakim dan Jurufoto Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Haris Fadzillah Abu Kasim. - teganukite.net
Related Posts:
Terengganu Tawar 5,900 Lot Tanah Untuk Rakyat Bina Rumah Ahmad Razif (tengah) bersama bergambar bersama sebahagian Penolong Pegawai Tanah di Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM)Perhubungan Negeri Terengganu Kali Ke-39 di … Read More
Kerajaan Negeri Lulus RM40,000 Bina Semula Rumah Mangsa Kebakaran Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM40,000 bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Pengadang Baru, Kepong, Kuala Terengganu bagi membina kediaman baharu. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, p… Read More
Tidak Menang Tangan Layan Tamu Majlis Rumah Terbuka ADUN Batu Rakit Bazlan bersalaman dengan tetamu di majlis rumah terbuka di kediaman beliau hari ini. Foto oleh Harish Fadzilah Abu Kasim Kira-kira 10,000 tetamu membanjiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADU… Read More
Lebih 40,000 Kunjungi Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu Lebih 40,000 orang hadir majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersama 24 jabatan-jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Dataran Permata, Seberang Takir, Ku… Read More
SATU Berjaya Atasi Masalah Air Pada Musim Aidilfitri Masalah gangguan bekalan air yang sering membelenggu penduduk Terengganu setiap kali tibanya perayaan Aidilfitri berjaya diatasi pada tahun ini tanpa sebarang aduan gangguan yang serius. Ketua Pegawai Eksekutif Syarika… Read More