Sunday, 18 June 2017
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To' Puan Seri Halina Zakaria hari ini mengambil kesempatan berbuka puasa bersama warga Dungun.
Kira-kira 1,500 penduduk tempatan tidak melepaskan peluang untuk hadir di Majlis Berbuka Puasa Rakyat Bersama Menteri Besar di Masjid Al- Mustaqim, Pulau Serai, Dungun.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud serta Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato' Din Adam.
Pada majlis tersebut, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 200 penduduk kurang bernasib baik terdiri daripada warga emas, anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Sebelum itu, beliau turut menziarahi keluarga Megat Mahyuddin Megat Hanafiah, 64, dan Mohd Amran Razak,44, dari Kampung Raja Wali Pulau Serai, Dungun serta menyampaikan bantuan masing-masing perabot dan kabinet dapur kepada dua keluarga tersebut menerusi program jom bantu rakyat. - teganukite.net
Related Posts:
TNB Dalam Proses Ambil Alih Tanah Mohd Nazri melayan pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa TNB Bersama Media. Foto Harish Fadzillah Kassim Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam proses pengambilan tanah bagi pembinaan bangunan berkembar setinggi 19 tin… Read More
Inovasi Mobile Ehsan JPN Bantu Rosiana Perbaharui Mykad Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Terengganu mengadakan program turun padang membantu ibu tunggal yang kudung kaki, Rosiana Rosli, 37, di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, hari ini, bagi memperbaharui… Read More
MB Hadiri Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Istana Syarqiyyah Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menghadiri majlis khatam al-Quran dan berbuka puasa di Istana Syarqiyyah, Cendering Kuala Terengganu, semalam. Majlis anjuran Istana Syarqiyyah itu turut dihadiri Ahli Dewa… Read More
Semak Status Permohonan Dana Raya Mulai Hari ini Pemohon Dana Bantuan Aidilfitri 2018 boleh menyemak status permohonan masing-masingmelalui laman sesawang di alamat http://idana.terengganu.gov.my mulai hari ini. Agihan wang dana secara berperingkat-peringk… Read More
Balai Raya Boleh Diguna Bersama Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Pas memutuskan penggunaan balai raya yang di bawah kerajaan negeri boleh digunakan bersama oleh orang ramai pelbagai pihak, termasuk parti politik. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsu… Read More