Sunday, 21 May 2017

Hasif (tengah) bersama Dini (kanan) dan Halil meraikan kemenangan selepas menewaskan pencabar lain di Kejohanan Tenpin Boling `Visit Beautiful Terengganu 2017 ‘ Piala YAB Menteri Besar Terengganu Tertutup Pantai Timur, di Coral Crown Bowl PB Square, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Zulkipli Putra

Pasukan Tenpin Boling Negeri Terengganu (PTBNT) mensasarkan sekurang-kurangnya dua pingat dengan satu daripadanya emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak nanti.

Sasaran itu realistik berdasarkan prestasi semasa atlet serta membaiki prestasi pasukan yang memperolehi satu pingat perak ketika Sukma Sarawak 2016 lalu.

Jurulatih pasukan, Mat Salleh Jalani, berkata semua 24 atlet masing-masing 12 lelaki dan 12 perempuan yang berusia 21 ke bawah kini sedang giat menjalani latihan dan pemilihan bagi fasa pertama sepanjang empat hari seminggu yang melibatkan dua jam sehari atau satu sesi, sejak sebulan lalu.


Katanya, fasa kedua pula akan bermula pada November ini melibatkan 16 peserta, yang terpilih selepas saringan pertama, manakala fasa ketiga akan bermula Januari nanti melibatkan 12 peserta yang akan membawa cabaran mewakili Terengganu ke Sukma.

“Daripada 12 atlet yang mewakili Sukma lalu, hanya empat orang masih boleh meneruskan penyertaan sementara selebihnya sudah melebihi had umur ditetapkan.

“Setakat ini, persembahan empat atlet yang pernah mewakili Sukma masih di tahap terbaik dan kemahiran meraka masih boleh dipertingkatkan lagi jika terus terpilih sebagai persediaan ke Sukma akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 ‘ Piala YAB Menteri Besar Terengganu Tertutup Pantai Timur, di Coral Crown Bowl PB Square, Kuala Terengganu, malam tadi.

Majlis disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Profesor Madya Dr Mohd Rozailan Mamat yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman

Turut hadir, Presiden PTBNT, Abdullah A Rahman dan Naib Presidennya, Wan Mazlan Wan Muda.

Dalam pertandingan itu, Wan Muhammad Hasif Hilmi Wan Mazlan, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin muncul juara individu keseluruhan selepas unggul mengumpul 1,325 jatuhan pin, sekali gus mengenepikan pencabar lain untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta trofi.

Manakala, tempat kedua pula milik Dini Nurina Azhan, 18, dengan 1,311 jatuhan pin memenangi wang tunai RM2,000 serta ketiga, Halil Hamed Hamzah, 18,  dengan 1,304 jatuhan pin menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta trofi.


Sementara juara keseluruhan pula menjadi milik Terengganu, diikuti Kelantan dan ketiga Pahang. 

Pertandingan julung kali anjuran PTBNT melibatkan 130 peserta termasuk dari Pahang dan Kelantan selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan Terengganu sempena VBT 2017. 


Related Posts:

  • RM3 Juta Bina Padang Sintetik Kemaman Penduduk di Kemaman khususnya golongan muda dapat memanfaatkan padang sintetik baharu yang pertama di Terengganu bernilai RM3 juta hasil cetusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Menteri Pertanian … Read More
  • PRU14: 300 Rumah Mampu Milik Setiap DUN Ahmad Razif berucap di majlis pertemuan dengan penduduk DUN Alur Limbat. Di belakang beliau Mohamad Nor (kanan) dan Saiful Bahri. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Kerajaan negeri akan membina 300 unit Rumah Mampu Milik… Read More
  • PRU14: Teruja Mengundi Kali Pertama Shahfimil dan Nor Azwana ketika bersiaran langsung di laman sosial di terengganu  news dan terengganu times. Foto Tengku Syamim Tengku Tengku Ismail Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berbaki seminggu dipen… Read More
  • PRU14: Kak Jat Minta Pilih Calon Serikandi Shahrizat berucap ditemani calon DUN Bukit Payung, Zaitun dan calon Parlimen Marang, Mohamad Nor. Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyeru semua wanita di Marang supaya menyokong calon Dewan Un… Read More
  • PRU14: Manifesto BN Realistik, Bukan Retorik Manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan sahaja dilihat realistik dan diyakini seluruh rakyat, bukan retorik seperti pembangkang. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad … Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:45 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan