Thursday, 18 May 2017

Ahmad Razif selepas Program Jelajah Biro Keahlian Daftar Pemilih UMNO Malaysia Ke Terengganu, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim

Lapan Bahagian UMNO di Terengganu  diminta  terus memberi fokus kepada usaha menambah jumlah ahli bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Setiap bahagian perlu menyasarkan penambahan sekurang-kurangkan 200 hingga 300 ahli dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Malaysia, Dato’ Seri Panglima Abd Azeez Abd Rahim, berkata sehubungan itu, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO diminta tidak hanya menumpukan kepada penganjuran pelbagai program sebaliknya juga memberi keutamaan kepada pendaftaran ahli baharu.



Katanya, berdasarkan data yang direkodkan, keahlian UMNO Terengganu mencatatkan bilangan 277,402 ahli membabitkan 1,063 cawangan berakhir April lalu.

“Daripada jumlah itu,  Kuala Nerus mencatatkan jumlah paling tinggi dengan bilangan keahlian 6,612 orang diikuti Marang (6,166), Kemaman (5,693) Besut  (5,630) Setiu (5,246), Hulu Terengganu  (5,681) Dungun (4,669) dan Kuala Terengganu pula dengan bilangan 4,553 ahli UMNO.

“Melihat angka itu, Terengganu terutama membabitkan daerah Kuala Nerus dikategorikan antara yang cemerlang dan aktif dalam usaha menambah bilangan ahli,”katanya.



Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Biro Keahlian Daftar Pemilih UMNO Malaysia Ke Terengganu, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam.
Hadir merasmikan program itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Azeez berkata, usaha menambah bilangan ahli UMNO perlu dilakukan de­ngan segera, teratur dan berterusan untuk berhadapan dengan cabaran besar pada PRU akan datang. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14 : Abe Adi Pertahan Kota Putera Mahdi Khabar angin yang bertiup kencang terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang dikatakan tidak akan dicalon semula bagi mewakili Barisan Nasional (BN) terjawab apabila turut terc… Read More
  • PRU14 : BN Gempur Sura, Paka Berita oleh : Izzuan AhmadDua kerusi `panas' Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Paka mampu digempur dan bakal dirampas semula Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Ini dilihat kepada p… Read More
  • PRU14: Ahmad Said Bakal Pertahan Kerusi Kijal Ahmad Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said turut diumumkan sebagai calon yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pengumuman itu sek… Read More
  • PRU14: Setiu Yakin Menang 5-0 Jidin Barisan Nasional (BN) Parlimen Setiu dijangka mampu mengulangi kejayaan cemerlang pada  Pilihan Raya Umum  Ke-11 (PRU11) PRU12  dan PRU13. Pada PRU Ke -14 pada 9 Mei ini, ramai y… Read More
  • PRU14: Pok Usop Nekad Rampas Semula Manir Yusof  Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir mampu kembali kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan mencipta sejarah dan satu rekod baharu di Terengganu dengan pencalonan Yusof Awang Hitam … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
11:47 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74693
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan