Sunday, 6 May 2018
Penduduk di Kemaman khususnya golongan muda dapat memanfaatkan padang sintetik baharu yang pertama di Terengganu bernilai RM3 juta hasil cetusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, semasa beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan dahulu, Najib memberi idea untuk membina satu padang sintetik di Kampung Mak Chili, Kemaman dan inisiatif itu amat ditunggu-tunggu serta kini menjadi kenyataan.
“Kemudahan padang sintetik ini menelan kos pembinaan hampir RM3 juta dan kos penyelenggaraan amat rendah serta ia kekal selama tujuh hingga lapan tahun dan tiada sebarang masalah jika dibandingkan dengan kos padang biasa.
“Kita bayangkan cuaca sangat mencabar dan hari ini Kemaman dapat laksanakan padang sintetik siap pada waktu sepatutnya dan pemain peringkat negeri mahupun kebangsaan juga boleh menggunakan padang ini.
“Selain itu, akan ada penambahan bilik persalinan, pusat bina badan dan lampu dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Fit Kemaman di Mini Stadium Kampung Mak Chili, Kemaman, hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kemaman merangkap calon BN DUN Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said, calon BN DUN Cukai, Dato’ Mohamed Awang Tera dan calon DUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar.
Menurut Ahmad Shabery, orang ramai boleh menikmati padang sintetik itu yang secara tidak langsung mencetus era pembangunan bola sepak di Bandar Kemaman.
“Pengalaman Kemaman mempunyai padang hoki yang merupakan antara penyumbang besar melahirkan pemain hoki Malaysia.
“Saya berharap bermula dari padang sintetik ini Kemaman dapat melahirkan pemain bola sepak untuk negeri atau negara pada masa akan datang,” katanya. - teganukita.net
Related Posts:
EKSPO TERENGGANU 2018: Lebih 1,000 Sertai Kayuhan Ekspo Terengganu Antara peserta yang terlibat dalam Fun Ride sempena Ekspo Terengganu 2018. Foto ehsan daripada Lokman Hamid. Lebih 1,000 penggemar sukan berbasikal di negeri ini menyertai program Fun Ride anjuran Majlis Sukan Negeri Te… Read More
KT City Fun Jaya Konsep Ketiga TTB Peserta KT City Fun Run 2018 bergambar bersama Menteri Besar sebelum memulakan larian sejauh empat kilometer di Pulau Warisan, kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli Putra Program beriadah, KT City Fun Run 2018&… Read More
Jersi TFC Versi Pemain Mula Dijual Esok Perbezaan antara jersi versi pemain (kiri) dan jersi versi peminat (kanan) Jersi Terengganu FC (TFC) bagi versi pemain yang akan mula dijual bermula esok dengan harga RM99.90 bakal memberi kepuasan serta keselesaan kepa… Read More
The Pocket Rocketman Cipta Rekod Baharu Asia Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu Asia dalam acara pecut elit lelaki setelah mencatat kepantasan 9.774 saat sewaktu pusingan kelayakan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 20… Read More
EKSPO TERENGGANU2018: TPM Rasmi Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad Ahmad Zahid merasmikan Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad sambil disaksikan oleh Ahmad Razif dan Yasin. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kejayaan Terengganu membina litar lumba untuk anak muda … Read More