Sunday, 21 May 2017
Pembukaan Pasar Tani Ajil memudahkan penduduk setempat mendapatkan pelbagai barangan basah yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib berkata, pusat urusniaga itu juga menjadi lokasi bagi mempromosikan produk dan menawarkan pelbagai bekalan makanan serta keperluan harian kepada pengguna setempat.
"Saya yakin, pembukaan pasar tani seminggu sekali pada setiap hari Ahad dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari ini akan mendapat sambutan kerana warga Ajil tidak perlu lagi ke tempat lain untuk mendapatkan barangan keperluan harian yang segar dengan harga berpatutan.
"Melalui pasar tani ini juga ia dapat membantu mengembangkan perniagaan usahawan Bumiputera," katanya.
Ghazali berkata demikian ketika meluangkan masa meninjau Pasar Tani Ajil di Perkarangan Masjid Kampung Bukit Perah, Ajil, hari ini.
Katanya lagi, penubuhan pasar tani itu dapat meluaskan pasaran hasil pertanian penduduk, meningkatkan kuasa tawar-menawar dan juga mengurangkan kebergantungan menerusi orang tengah.
Sementara itu, seorang pengunjung, Noridah Abd Rahman,35, Felda Bukit Bading berkata, pusat urusniaga itu memudahkan penduduk setempat membeli keperluan harian yang segar dan bermutu tanpa perlu pergi jauh.
"Sebelum ini agak sukar untuk kami mendapat ikan, sayur dan sebagainya yang segar malah terpaksa pergi ke Bandar Kuala Berang yang agak jauh.
"Bila adanya pasar tani ini, ianya lebih mudah dan dekat , selain terdapat banyak keperluan harian seperti hasil pertanian dan barangan dapur dijual dengan harga berpatutan serta hasil yang segar terus dari ladang,"katanya. - teganukite.net
Related Posts:
Hanya 10 Peratus Usahawan YPU Gagal Bayar Hutang Usahawan bergambar kenangan selepas selepas Program Sembang Bisnes On Cruise di Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Hanya 10 peratus daripada 5,000 usahawan Terengganu dikes… Read More
Terengganu Tidak Akan Jual Kepentingan YIT Dalam FGV Kerajaan negeri tidak akan menjual kepentingan yang dimiliki Yayasan Islam Terengganu (YIT) dalam Felda Global Venture Holding Berhad (FGV) walaupun didesak oleh segelintir pihak. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Ab… Read More
Terengganu Berhasrat Gabungkan GLC Teras Perniagaan Sama Ahmad Razif (kanan) melihat dokumen yang disampikan Mohamat sempena pelancaran Model Transformasi TDM Baharu (TTB) di Permai Hotel Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Zulkipli CW Putra Kerajaan negeri berhasrat menggab… Read More
64 Usahawan Kraf Terengganu Sertai HKK 2017 Seramai 64 usahawan kraf dari Terengganu menyertai pameran dan jualan produk kraf bersempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2017 yang bermula 22 Februari hingga 6 Mac depan. Pengarah Pelancongan Negeri Terengga… Read More
TDM Lancar Model TTB 27 Februari Ini Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Development Management (TDM) Berhad dijangka bakal melancarkan Model Transformasi TDM Baharu (TTB) dan Anugerah Kualiti, pada Isnin ini (27 Februari). Pelancaran mod… Read More