Thursday, 25 May 2017


Kerajaan negeri memperuntukkan RM5,000 setahun kepada persatuan dan kelab belia peringkat cawangan di seluruh Terengganu yang aktif bagi menjalankan aktviti masing-masing untuk manfaat ahli.
Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu, Amirullah Othman berkata jumlah itu adalah tertinggi berbanding peruntukan yang disediakan kepada kelab belia di negeri lain.
"Kita amat berterima kasih kepada kerajaan negeri terutama kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif di atas kecaknaan beliau kepada persatuan belia di negeri ini.
"Kita patut bersyukur kerana kita mendapat bantuan sebanyak RM5,000 setahun kepada persatuan belia yang aktif daripada kerajaan negeri.
"Saya berada di peringkat kebangsaan dan apa yang saya tahu bantuan yang kita terima ini adalah paling tinggi berbanding yang diterima persatuan belia di negeri-negeri lain," katanya yang juga Pengerusi Kawasan MAYC Marang itu.


Bercakap dalam majlis perasmian mesyuarat agong tahunan persatuan itu di Seri Iman, Kuala Terengganu, Amirullah yang juga Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan itu berkata, beliau mahu semua persatuan belia di bawah MAYC terus aktif dengan mengadakan aktiviti dan program dari semasa ke semasa dan pihaknya akan berusaha mendapatkan peruntukan bagi menjayakan program itu.
Sementara itu, seramai 200 ahli MAYC dari seluruh negeri menghadiri mesyuarat agong tahunan itu.
Majlis perasmian dilakukan Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Terengganu, Mohd Mazlan Anis yang mewakili Menteri Besar.
Turut hadir Setiausaha MAYC Terengganu, Mohd Faizal Harun yang juga Pengerusi MAYC Kawasan Kuala Terengganu.
Hadir sama, Pengerusi Kawasan MAYC Dungun, Sofiza Mahmood, MAYC Kemanan, Mohd Sabri Ali, Hulu Terengganu, Anuar Hamzah dan Kuala Nerus, Mohd Khalid Muhammad. - teganukite.net

Related Posts:

  • Rumah Transit BSK Bakal Operasi Selepas Aidilfitri Ini Terengganu bakal mempunyai Rumah Transit Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang disediakan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) sebagai bantuan penginapan sementara kepada pelanggan BSK dan dijangka dapat memulakan … Read More
  • Sultanah Nur Zahirah Kurnia Sumbangan Raya SultanahTerengganu, Sultanah  Nur Zahirah mengurniakan sumbangan di majlis pengurniaan sumbangan Aidilfitri di Kompleks YTNZ, Kampung Tanjung Bunut, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra Yayasan T… Read More
  • Cahaya Pelita Raya Ceriakan Kampung Sekati Zubir menyalakan pelita ketika Program Turun Padang SempenaPertandingan Pelita Raya anjuran Jabatan Perlancongan Negeri Terengganu (JPNT)  Lebih 100 rumah di Kampung Sekati,  Kuala Terengganu diterangi cahaya pel… Read More
  • 100 Anak Yatim Dibawa Pilih Baju Raya Sendiri Kegembiraan terpancar di wajah kira-kira 100 anak yatim dan dari golongan berpendapatan rendah  di  Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang apabilaa menerima pakaian baharu menerusi program 'Masih Ada Yang Sayan… Read More
  • Kerajaan Negeri Terima RM11.67 Juta Royalti TNB Ahmad Razif menerima replika cek berjumlah RM11.67 juta sebagai bayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air tahun kewangan 2017 oleh Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM), Kenyir Bahagian Penjanaan Tenaga Nasi… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:58 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan