Sunday, 23 April 2017
Kerajaan negeri optimis melaksanakan Kempen Solat Subuh dan Solat Dhuha Perdana Secara berjemaah di seluruh daerah di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Komunukasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata Kempen Solat Subuh Berjemaah merupakan cetusan idea kerajaan negeri dan diperkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
"Kita akan mulakan di daerah Hulu Terengganu dan pada setiap minggu ia akan diteruskan ke daerah lain termasuk ke Kuala Terengganu,Besut,Marang,Dungun,Kemaman dan Setiu.
"Solat secara berjemaah adalah salah satu indikator utama dalam penyatuan antara satu sama lain terutama dalam mengukuhkan perpaduan dan ukhwah islamiyah dalam kalangan umat islam di negeri ini,"kata Ghazali.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Solat Berjemaah di Masjid Hadhari Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Tok Randok,Ajil,Hulu Terengganu,hari ini.
Ghazali turut berkata bahawa untuk menjayakan solat berjemaah ini,semua pemimpin setempat dan pelbagai agensi harus bersama-sama bergabung sebagai tenaga penggerak utama.
"Kempen ini digerakkan oleh pihak berkuasa agama negeri agar amalan berjemaah tidak terus terabai dalam kalangan umat Islam, malah dapat menarik kehadiran lebih ramai kalangan muda untuk bersama.
"Ini menuntut azam dengan kesedaran bahawa mengerjakannya mempunyai kelebihan besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan iman dan keperibadian malah kehidupan sebagai seorang muslim,"katanya lagi.
Turut hadir, Mufti Negeri Terengganu Dato' Dr Mohd Zulkifly Muda yang memimpin solat subuh berjemaah dan disertai oleh 500 jemaah dari kawasan sekitar.
Dr.Mohd Zulkifly yang ditemui menyambut baik program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri dan berharap semua pihak sama-sama mengimarahkan solat secara berjemaah. - teganukite.net
Related Posts:
Program Perintis Negeri Patriotik Walk Terengganu 2017 Di Kuala Berang Program perintis di Terengganu, Patriotik Walk Terengganu 2017 merupakan hasil kerjasama antara Unit Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri dengan usahasama Kelab Sukan Kecergasan Warisan Negeri.Progr… Read More
3,200 Skuad Sukarelawan TTB Sedia Bantu Mangsa Banjir Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dengan kekuatan 3, 200 orang ahli kini lebih bersiap sedia menghadapi banjir melalui kursus-kursus kemahiran pertolongan kecemasan yang diadakan dari semasa ke semasa … Read More
Yayasan Terengganu Perkukuh Hubungan Dengan IPTA Mohd Zubir menyampaikan anugerah Quranik kepada pelajar cemerlang Muaz Mohd Radzi. Foto Zulkifli C W Putra Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) memperkukuhkan hubungan dengan beberapa Institut Pengajian… Read More
BAJET 2018 : Negara Berada Di Landasan Yang Betul KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU, DATO' SERI AHMAD RAZIF ABD RAHMANBAJET 2018 - NEGARA BERADA DI LANDASAN YANG BETUL1. Alhamdulillah, kita amat bersyukur dengan Bajet 2018 yang inklusif, yang telah dibentangkan… Read More
459 Kanak-Kanak Dirai Dalam Majlis Konvokesyen Kemas Ahmad Razif bersama kanak-kanak yang diraikan sempena Majlis Konvokesyen Tabika Kemas peringkat DUN Seberang Takir yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail… Read More