Sunday, 23 April 2017
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM)menasihatkan kepada masyarakat supaya tidak mudah menyebar luas atau berkongsi maklumat kepada mana-mana pihak bagi menggelakkan berlakunya kecurian data peribadi.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia,Dato' Jailani Johari berkata perlindungan data peribadi merupakan satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh pengguna.
Katanya, mungkin ada pengguna yang tidak sedar bahawa data peribadi yang diberikan oleh mereka kepada pihak-pihak tertentu boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka.
Jelasnya lagi,sebarang masalah atau aduan boleh di rujuk kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)untuk membanteras penyalahgunaan data peribadi.
"Kadang-kadang ada pengguna data di antara sedar atau tidak sedar telah memberi maklumat kepada orang yang memohon atau berkongsi di laman sosial.
"Apa yang saya ingin nasihatkan kepada masyarakat di luar sana,jangan sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi.
"Sekiranya mana-mana pihak yang perolehi data tersebut dan menyebar luaskan serta menyalahgunakan maklumat tanpa persetujuan pengguna,ianya merupakan satu kesalahan dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709),"kata Jailani.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas merasmikan Program Menghubung Menyatu di Kampung Basung, Hulu Terengganu pada pagi ini.
Menurut Jailani lagi, trend memuat naik butir peribadi seperti nama,tarikh lahir atau gambar secara tidak langsung akan memudahkan mereka menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab.
Untuk rekod,Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bertujuan melindungi Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif setiap individu daripada sebarang bentuk pemprosesan oleh Pengguna Data tanpa melanggar tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi di Malaysia berhubung transaksi komersial selepas 15 November 2013.
APDP bukan sahaja akan mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial sama ada secara kontrak atau tidak, malah terpakai bagi mana-mana orang yang memproses, menyimpan, mengawal selia atau membenarkan sesuatu pemprosesan sesuatu data peribadi.
Sebarang aduan awam dan pertanyaan sila kemukakan kepada:-
Alamat Surat Menyurat:
Ketua Pengarah
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia
Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Lot 4G9, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel: 03 8911 5000/7927/7906/7965
Fax: 03 8911 7959
Aduan Awam:
aduan@pdp.gov.my
- teganukite.net
Related Posts:
Ibu, Bapa Tunggal Terima Saguhati Perkahwinan Hanafiah mengagihkan sumbangan kepada peserta Majlis Penyampaian Cek Saguhati Perkahwinan. Foto Harish Fadzillah Abu Karim Kerajaan negeri mengagihkan RM199,000 kepada 119 ibu dan bapa tunggal yang kembali me… Read More
Kerajaan Negeri Perkenal Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 Menteri Besar bermesra dengan tetamu Majlis Iftar Terengganu Inc Bersama Menteri Besar di Permai Hotel. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kerajaan negeri memperkenalkan satu pelan jangka panjang dikenali sebagai… Read More
RM6.3 Juta Bonus Untuk Penjawat Awam Di Terengganu Mohd Nor ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan exco, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Bagi menghargai perkhidmatan yang telah disumbangkan oleh penjawat awam, kerajaan negeri pimpinan Pas bersetu… Read More
Jangan Jadikan Puasa Sebagai Alasan Malas Bekerja A. Rahman berbual mesra dengan kakitangan Wisma Darul Iman. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya tidak menjadikan alasan berpuasa sebagai malas bekerja, sebalik… Read More
Kerajaan Pimpinan Pas Selesaikan Agihan Dana Bakti Remaja Wan Sukairi ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan exco, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kerajaan negeri akan menyelesaikan 16,289 penerima Dana Bakti Remaja yang belum menuntut bayaran itu di s… Read More