Sunday, 23 April 2017
-
April 23, 2017
-
ketuapkp
-
SEMASA
-
No comments
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) bekerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memantau jualan produk kosmetik secara atas talian.
Timbalan Menterinya Dato' Jailani Johari berkata beberapa tindakan penguatkuasaan telah dilakukan oleh KKM bersama pihak SKMM terutama bagi mencegah penjualan ubat yang terlarang di atas talian.
"SKMM sentiasa bersedia memberi kerjasama dari segi teknikal dan bantuan-bantuan lain bagi membanteras jualan ubat-ubatan atau kosmetik yang mengandungi bahan-bahan terlarang di laman sosial.
"Saya memberi amaran kepada sesiapa yang masih meneruskan aktiviti-aktiviti penjualan ubat-ubatan atau bahan-bahan terlarang secara atas talian (online)yang tidak mendapat kelulusan daripada KKM,tindakan undang-undang akan diambil,"kata Jailani.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media di Majlis Perasmian Setia Bersama Negaraku Sehati @ RTM 71 #tganukemah dan Majlis Pelancaran Program Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas Peringkat Klinik Kesihatan Kuala Berang di Kampung Kuala Menjing,Kuala Berang, hari ini.
Jelas Jailani lagi,seperti yang diketahui ramai,pihak Kerajaan telah melaksanakan beberapa program perluasan jalur lebar terutamanya di seluruh negara.
"Kita harapkan jalur lebar dengan kelajuan yang disediakan akan membolehkan masyarakat menggunakannya sebaik mungkin di samping menambah pengetahuan yang sedia ada.
"Tetapi ada juga pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk menyalahgunakannya termasuklah dalam isu menyiarkan dan membuat penjualan barang terlarang di laman sosial,"katanya.
Menurut rekod,pada 11 April baru-baru ini,Kementerian Kesihatan dengan bantuan SKMM menjalankan Ops kosmetik yang menyaksikan Salun 66 kecantikan, spa, klinik estetik, dan peruncit produk kosmetik dan pemborong diperiksa.
Produk farmaseutikal dalam bentuk suntikan seperti Botox, Vitamin C, glutathione dan plasenta bernilai RM780,000 dirampas semasa operasi.
Sejumlah 14,200 produk kosmetik berharga RM8.5 juta yang dijual tanpa kebenaran pihak berkuasa dirampas dari 2015 hingga Februari lalu. - teganukite.net
Related Posts:
PM Promosi Nasi Dagang Terengganu Di PWTC Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tertarik untuk singgah bagi menghidangkan nasi dagang dan keropok lekor kepada tetamu, di Gerai Terengganu sempena sambutan Hari Raya UMNO M… Read More
Tindakan Undang-Undang Jika Salah Guna Imej OKU Untuk Kutip Derma Sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap imej Orang Kelainan Upaya(OKU) dengan menggunakannya di laman sesawang bagi mengutip derma harus dihentikan segera sebelum tindakan unda… Read More
Elak Jadi Mangsa Penipuan Aktiviti Perniagaan Dalam Talian - Jailani Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM) menasihatkan kepada orang ramai khususnya pembeli supaya lebih berhati-hati dalam urus niaga atas talian bagi menggelakkan mereka menjadi mangsa penipuan aktiviti pernia… Read More
Setiausaha Politik PM Tunai Janji Bawa GurunyaTunai Ibadat Haji Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah hari ini menunaikan janjinya untuk membawa bekas gurunya, Ustaz Syed Abd Hamid Syed Ali, 58 tahun menunaikan ibadat haji tahun ini.Hadiah istimewa dib… Read More
DUN Manir Akan Kembali Kepada BN Pada PRU14 Dewan Undangan Negeri(DUN) Manir mampu kembali kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan mencipta sejarah dan satu rekod baru di Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata… Read More
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment