Sunday, 23 April 2017
Jalinan program bersepadu dan kolaborasi Inklusif antara Radio Televisyen Malaysia(RTM) dan Jabatan Kesihatan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (Blue Ocean Strategy) NBOS memberi impak positif dalam menjayakan visi dan misi kerajaan “Merakyatkan Perkhidmatan Awam”.
Pengarah Perkhidmatan Muzik RTM,Dato' Mokhzani Ismail berkata Program Setia Bersama Negaraku Sehati@RTM 71#tganukemah ini merupakan program radio di lokasi berkonsepkan aktiviti turun padang selaras dengan hasrat jabatan merakyatkan RTM.
"Dalam menjayakan program yang diatur,ia juga dapat mengeratkan silaturrahim di samping mempromosikan'Visit Beautiful Terengganu 2017' menerusi liputan lintas langsung sepanjang program ini berlangsung.
"Program ini turut didokong oleh pelbagai jabatan dan agensi serta badan bukan kerajaan ini menepati matlamat kolaborasi dan penjimatan dalam merealisasikan hasrat dan dasar dalam aspek Sistem Penyampaian Maklumat,"kata Mokhzani.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Setia Bersama Negaraku Sehati@RTM 71#tganukemah dan Majlis Pelancaran Program Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas Peringkat Klinik Kesihatan Kuala Berang di Kampung Kuala Menjing,Kuala Berang, hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia,Dato' Jailani Johari.
Turut hadir Wakil Ketua Pengarah, Penyiaran Malaysia(Pengarah Bahagian Muzik),Dato' Mokhzani Ismail;Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu,Mohamad Omar;Pengarah Penyiaran Negeri Terengganu,Nordin Sulaiman;Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang,Amran Ahmad serta Ketua-ketua Jabatan.
Sementara itu,Jailani menyifatkan RTM sebagai satu ejen alat penyatuan kepada masyarakat melalui perlaksanaan program-programnya.
Beliau berkata,Program Setia Bersama Negaraku Sehati@RTM merupakan Program Tonggak turun padang Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Jabatan Penyiaran Malaysia .
"Program bersepadu ini membabitkan penyertaan semua Bahagian di RTM dengan penyertaan bersama agensi –agensi kerajaan negeri dan pusat dalam usaha mendekati rakyat secara bersemuka.
"Dan saya yakin program ini mampu memberikan manfaat kepada semua masayarakat setempat melalui pengisian program yang telah dilaksanakan seperti Forum Hal Ehwal Islam,pameran dan sebagainya,"kata Jailani - teganukite.net
Related Posts:
Pasang Dua Siren Kesan Amaran Awal Empangan Stesen Kuasa Elektrik Hidro Sultan Mahmud Kenyir akan memasang dua siren amaran awal sebagai prosedur stesen berkaitan dengan keselamatan empangan. Pengurus Besar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir, Mustaf… Read More
HSNZ Jadi Rujukan Sub-Kepakaran O & G Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kini menjadi hospital rujukan bagi zon Pantai Timur yang menawarkan satu sub kepakaran Obstetrik & Ginekologi (O & G) iaitu Perubatan Reproduktif yang mengen… Read More
Jumlah Mangsa Banjir Menurun Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 681 orang (187 keluarga) setakat pukul 11 pagi ini, berbanding 2,917 orang (854 keluarga) tengah hari semalam. Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terenggan… Read More
54 Mangsa Banjir Masih Tinggal Di Pusat Pemindahan Sebuah pusat pemindahan sementara masih dibuka di negeri ini bagi memberi pelindungan kepada 54 orang daripada sembilan keluarga berikutan keadaan banjir semakin reda setakat pukul 10 pagi ini. Menurut kenyataan banjir… Read More
Elak Parkir Kenderaan Di Waktu Puncak Ahmad Razif beramah mesra bersama peniaga dan pelanggan kedai makan di Hentian Bas MBKT, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim Pengguna jalan raya hanya dibenarkan meletak kenderaan secara percuma di… Read More