Sunday, 23 April 2017
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM)mengarahkan
Syarikat Telekomunikasi (Telco) supaya menyediakan peralatan biometrik untuk mengambil cap jari pengguna termasuk warga asing yang ingin membeli kad sim prabayar dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, beberapa Telco didapati sudah mengambil tindakan dengan menggunakan sistem biometrik sejak isu ini di ketengahkan baru- baru ini.
"Saya dapati beberapa Telco telahpun bertindak sebenarnya untuk mendaftar pembeli kad sim prabayar dengan menggunakan sistem biometrik ini dan termasuklah mengekalkan kaedah lama iaitu mendaftarkan pembeli menggunakan kad pengenalan tetap.
"Sistem biometrik ini mampu mengesan mereka yang melakukan kegiatan jenayah menggunakan telefon bimbit dan membantu agensi penguatkuasa mengesan ketulinan dokumen itu," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Menghubung dan Menyatu di Kampung Basung, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini mengenai cadangannya mensyaratkan pembeli kad sim prabayar akses komunikasi untuk mendaftar menggunakan cap jari.
Cadangan tersebut adalah ekoran pendedahan sebuah akhbar tempatan yang telah mendedahkan kegiatan penjualan kad sim prabayar tanpa memerlukan sebarang pengenalan bagi tujuan pendaftaran.
Dalam laporan akhbar tempatan tersebut,Jailani berkata sebanyak tujuh Telco sudah dikenakan tindakan atas kesalahan gagal membuat pengesahan ke atas dokumen asal bagi tujuan pendaftaran kad sim pra bayar.
Menurut Jailani lagi, SKMM telah mengeluarkan 32 kompaun yang bernilai RM1.57 juta ke atas tujuh syarikat berkenaan sehingga November tahun lalu mengikut Seksyen 242, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melakukan kesalahan membuat pendaftaran maklumat palsu. - teganukite.net
Related Posts:
Rumah Baharu Untuk Mangsa Kebakaran Kampung Kua Kerajaan negeri akan meluluskan peruntukan membina rumah baharu bernilai RM40,000 kepada mangsa kebakaran Wok Abdullah, 63, di Kampung Kua, Ajil,Hulu Terengganu dalam masa terdekat.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi ,Multim… Read More
Pusat Sembelihan Pertama Di Terengganu Miliki Sijil Halal Kompleks Abatoir Kuala Terengganu (KAKT) di Gong Badak, Kuala Nerus yang mampu menyembelih 40 ekor lembu atau kerbau sehari mendapat pengiktirafan sijil halal pertama di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertania… Read More
Koperasi Pembangunan Setiu Koperasi Daerah Kedua Terbaik Malaysia Koperasi Pembangunan Daerah Setiu menjadi Koperasi Pembangunan Daerah kedua terbaik di Malaysia pada tahun lalu. Pengerusinya, Dr. Ibrahim Husin berkata, ahli koperasi seharusnya berbangga dengan kejayaan berada di tang… Read More
180 Pelajar Sertai 'EmpowerXchange' Seramai 180 pelajar dari enam sekolah menengah dari dua daerah di Terengganu menyertai program motivasi Kem EmpowerXChange `Awaken The Giant Within' selama dua hari di sebuah resort di Merang Setiu, berakhir semalam. Pr… Read More
200 Anak Perantau Besut Berkumpul Di Pantai Morib, Selangor Semangat kekeluargaan dan persaudaraan sebagai perantau mampu menjalin ikatan yang kuat dan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain. Perhimpunan Hari Keluarga Anak Perantau Besut di Pantai Morib… Read More