Wednesday, 5 April 2017


Sebanyak RM9.3 juta berjaya diraih hasil tanaman jagung oleh 339 petani di seluruh Terengganu sepanjang tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, perusahaan itu melibatkan kawasan seluas 331.8 hektar.
Katanya, berikutan hasil yang memberangsangkan itu, kerajaan negeri melancarkan pula jagung manis Terengganu sebagai sumber pendapatan baharu kepada petani dan meningkatkan sektor ekonomi negeri selaras dengan transformasi ekonomi.
"Masyarakat di negeri ini mampu meraih pendapatan lebih baik, sekali gus ianya akan menjadi produk baharu Terengganu.
"Bagi tahun pertama (2017) pengeluaran jagung manis, dijangka mampu meraih sebanyak 1.56 juta batang jagung yang dapat dituai antara tiga hingga empat musim setahun mengikut kesesuaian, " katanya.kepada media di Majlis Pelancaran Jagung Manis Terengganu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Rhu Tapai, Setiu, semalam.
Hadir sama, Pengarah Pertanian Negeri, Mohd Nasir Warris dan Ketua Pegawai Eksekutif Green World Genetics (GWG) Sdn Bhd, Chua Kim Aik serta ketua-ketua jabatan terlibat.
Menurutnya, produk baru ini (jagung manis Terengganu) adalah jagung yang istimewa yang dihasil daripada Negeri Terengganu sendiri yang diusahakan 81 petani di tanah berkeluasan 39 hektar.
"Peserta atau petani terpilih yang terdiri daripada penanam jagung sedia ada, belia dan petani berkelompok.


"Jagung manis ini berbeza dengan jagung lain termasuk dari segi warna kerana buah ini mempunyai dua warna iaitu putih dan kuning selain rasanya yang manis dan tekstur yang rapuh serta boleh dimakan mentah.
"Harganya lebih 20 peratus dari harga jagung biasa yang akan mendatangkan hasil yang lebih baik kepada petani,"katanya.
Pehimi berkata, kawasan TKPM itu turut dijadikan sebagai hab pengeluar benih jagung manis Terengganu berkeluasan lebih 500 hektar yang akan dieksport ke luar negara.
Beliau juga yakin, peluang baharu itu menjadi permulaan dan mendapat perhatian masyarakat sekiranya diberi promosi secara terancang.
Katanya, GWG Sdn Bhd adalah pelabur yang berkecimpung dalam bidang pengeluaran benih manakala kerajaan negeri menyediakan tapak dan syarikat (GWG Sdn Bhd) menggunakan kewangan mereka sendiri serta dipantau Jabatan Pertanian Negeri.
"Kawasan ini (TKPM) juga dijadikan sebagai tempat latihan kepada rakyat Terengganu untuk mempelajari teknologi pertanian dari luar negara, " katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Tarian Tradisional Mampu Promosi Terengganu Wan Salmah bersama penari gamelan. Foto Zulkifli C W Putra Penggemar seni muzik di awal 1970an, pasti mengenali penggiat seni Wan Salmah Wan Sulaiman, 74, yang setia mengangkat martabat lagu dan tarian tradisional Teren… Read More
  • Tindakan Tegas Jika Biar Haiwan Berkeliaran Samiun Salleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak akan berkompromi dan akan mengenakan denda mandatori RM250 bagi setiap ekor haiwan peliharaan yang ditangkap berkeliaran di kawasan tumpuan awam sehingga meng… Read More
  • Kerajaan Negeri Tidak Mahu Retorik Menteri Besar menyampaikan papan tanda markas kepada Ketua Cawangan Kampung Sekati sempena perasmian Karnival Cakna Rakyat DUN Teluk Pasu, Manir, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri tidak mah… Read More
  • Lima Universiti Disenaraikan Terbaik Di Dunia Idris menyampaikan sumbangan  kepada pengetua SMK Tengku Bariah Lima Universiti Penyelidikan Malaysia di negara ini disenaraikan berada satu peratus teratas di kalangan 300 universiti terbaik di dunia. … Read More
  • Maidam Agih Lebih RM183 Juta Kepada Golongan Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengagihkan wang zakat sejumlah RM 183,760,543 untuk keperluan kehidupan lapan golongan asnaf di Terengganu sepanjang tahun lalu. Berdasarkan jumlah itu, golongan … Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
2:47 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan