Suasana persekitaran perkarangan Jeti Sungai Merchang, Marang,semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim.
Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan RM43 juta untuk membina benteng pemecah ombak di muara Sungai Merchang bagi kemudahan laluan bot nelayan di kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Negeri, A. Latiff Awang berkata, projek di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta tersenarai dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) itu dijadual akan dilaksanakan pada Mac 2018.
“Muara Sungai Merchang, Marang yang cetek bakal diperdalamkan di mana kerajaan negeri dengan sokongan pihak kementerian telah berjaya menyenaraikan muara ini (Sungai Merchang) sebagai satu muara yang akan dibuat pemuliharaan melalui RMK-11.
“Perkara ini telah menampakkan kemajuan dimana pada awal tahun ini, kerja-kerja awalan seperti pemetaan serta kajian telah dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Menyempurnakan Majlis Pelancaran SUPER Merchang dan Melabuhkan Unjam di Pangkalan Merchang, Marang,semalam.
A.Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, sebelum ini, kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM20,000 setiap tahun bagi mendalamkan muara ini.
“Ianya sebagai langkah penyelesaian sementara di mana kerja-kerja rutin iaitu menggali dan mendalamkan laluan-laluan untuk ke laut ini sentiasa dibuat dari semasa ke semasa,” ujarnya.
A.Latiff turut mengharapkan para nelayan bersabar dan pihak yang berkepentingan tidak mempolitikkan isu muara Sungai Mechang kerana kerajaan negeri sedang dalam proses menyelesaikan masalah itu.
“Ianya tidak perlu dipolitikkan kerana perkara ini tidak mudah untuk diselesaikan dalam masa terdekat kerana melibatkan teknikal, kajian dan sebagainya,” ujarnya. - teganukite.net
|
Wednesday, 5 April 2017
Related Posts:
600 Sertai Program Kayuhan Muhibah Seramai 600 peserta menyertai Program Kayuhan Muhibah yang dianjurkan kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), hari ini. Pelepasan peserta kayuhan yang bermula di Dataran Batu Burok dan berakh… Read More
Sekolah Terjejas Banjir Tangguh Persekolahan Sesi persekolahan yang akan bermula esok (1 Januari) akan ditangguhkan sementara waktu bagi sekolah yang terjejas akibat banjir di seluruh Terengganu dan dibuka semula bergantung kepada keadaan semasa. Menteri Be… Read More
Bazlan Kunjungi Kakitangan UKOM Terlantar Sakit Nasib yang menimpa kakitangan Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Esah Abdullah yang kini terlantar di rumahnya di Bukit Wan, Batu Rakit terus mendapat perhatian pemimpin kawasan itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (… Read More
Pasar Baru Bukit Payung Bernilai RM750,000 Beri Keselesaan Kerajaan membelanjakan kira-kira RM750,000 bagi membangunkan Pasar Baru Bukit Payong yang lebih strategik dan selesa untuk kemudahan penduduk sekitar. Premis perniagaan yang dibina di bekas tapak gelanggang futsal dan … Read More
Tingkatkan Langkah Keselamatan Di Musim Banjir - Ghazali Ghazali dengan ditemani isterinya, Bibi Nazima Mohamed Akbal meninjau beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir di Kampung Bukit Kolam, Ajil, petang ini. Foto oleh Mastura Jamaldin Orang ramai dinasihatkan supa… Read More