Tuesday, 13 March 2018


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengagihkan wang zakat sejumlah RM 183,760,543 untuk keperluan kehidupan lapan golongan asnaf di Terengganu sepanjang tahun lalu.

Berdasarkan jumlah itu, golongan asnaf yang dikategorikan miskin mendapat peruntukan tertinggi iaitu RM74,071,795,  diikuti  fisabilillah (RM66,264,036), fakir (RM20,173,453 ) , amil (RM15,067,154), muallaf (RM5,468,852),  al gharimin (RM1,870,151),  al riqab (RM845,190) dan ibnusabil pula membabitkan agihan RM500,000.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maidam, M. Rozi Bidin, berkata manakala agihan kepada mereka yang mendapat tawaran menyambung pelajaran masih diteruskan.

Katanya, anak-anak ini diberikan bantuan RM1,000 untuk ijazah manakala diploma (RM800) dan ke sekolah berasrama penuh pula RM500.

“Wang zakat ini diharap mampu menyuntik semangat mereka untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan mengubah nasib keluarga,” katanya kepada Teganukita

M Rozi turut memberitahu, sebanyak RM137,949,543 kutipan zakat berjaya direkodkan pada tahun lepas dan ia adalah rekod kutipan tertinggi Maidam setakat ini.

“Kita terus memantapkan ekonomi umat Islam melalui agihan zakat. Bantuan kepada fakir miskin tidak lagi berbentuk wang bulanan, sebaliknya kita sediakan kemudahan dn bimbingan agar mereka berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan