Sunday, 23 April 2017
-
April 23, 2017
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN , UTAMA
Travel Malaysia Fair 2017 di Changi, Singapura selama tiga hari bermula hari ini turut melibatkan pemain industri pelancongan dari Terengganu dan beberapa usahawan di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).
Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, penyertaan mereka bertujuan memperkenalkan produk pelancongan di Terengganu serta pelbagai pakej yang dihasilkan khas untuk warga Singapura.
Katanya, program tersebut turut melibatkan penari dan pemuzik dari Suktra Terengganu yang mempersembahkan tarian dan lagu kebudayaan negeri seperti Ulek Serkap, Zapin Terengganu dan Ulek Mayang serta lagu Nasi Dagang, Kain Songket dan lain-lain.
"Pada kali ini, pihak JPNT melibatkan bersama sembilan pengusaha hotel dan satu pemilik produk serta enam usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) selain kumpulan Suktra.
"Bagi merancakkan lagi promosi Visit Beautiful Terengganu 2017, penyertaan Terengganu pada kali ini bukan sahaja mempromosikan produk tetapi juga mengadakan 'Business to Business' (B2B) antara penggiat industri pelancongan Terengganu dengan agensi pelancongan Singapura, di samping taklimat khas mengenai Visit Beautiful Terengganu 2017 kepada agensi pelancongan Singapura dan juga para media," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Travel Malaysia Fair 2017 di Changi, Singapura, hari ini.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Malaysia Ke Singapura, Nur Azman Abdul Rahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.
Di majlis perasmian tersebut, Zubir turut melancarkan pakej Warisan Islam Terengganu di samping pengedaran nasi dagang sejuk beku kepada para jemputan dan media. - teganukite.net
Related Posts:
Kerajaan Negeri Tubuh Majlis Kebudayaan Selaras Program Kebudayaan Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri akan mewujudkan Majlis Kebudayaan Negeri Terengganu yang akan menyelaraskan setiap persembahan kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini.Menteri Besar, Dato… Read More
JPNT Sertai Travel Malaysia Fair 2017 Di Singapura Travel Malaysia Fair 2017 di Changi, Singapura selama tiga hari bermula hari ini turut melibatkan pemain industri pelancongan dari Terengganu dan beberapa usahawan di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).Pengarah Jabat… Read More
Karnival Mencandat Sotong TNB Jadi Acara Tahunan Kerajaan negeri mahu supaya Karnival Mencandat Sotong Tenaga Nasional Berhad (TNB) di perairan Pulau Kapas, Marang dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam kalendar pelancongan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sai… Read More
Belukar Bukit Dibuka Mulai Mac, Kembali Tarik Pengunjung Kawasan perkelahan Belukar Bukit, Ajil kembali menggamit kunjungan ramai selepas dibuka kepada pengunjung bermula Mac lalu.Kerajaan negeri menutup sementara kawasan Air Terjun Belukar Bukit, susulan tragedi lima sekeluarga… Read More
Bukit Batu Kapal Simpan Mitos Sejarah, Bakal Jadi Tarikan Bukit Batu Kapal yang terletak di Kampung Gerdong,Telemong kaya dengan khazanah alam semulajadi dan mitos sejarah yang mampu menjadi tarikan baru pelancongan di Terengganu dan Hulu Terengganu, khasnya.Pengarah Touris… Read More