Thursday, 20 April 2017

Wan Nawawi memotong pulut kuning sebagai simbolik merasmikan Kejohanan Lawn Bowls International Open Fours Championship Terengganu. Foto  Tengku Syamim Tengku Ismail

Terengganu mencatat sejarah apabila terpilih menjadi tuan rumah bagi `Kejohanan Lawn Bowls International Open Fours Championship Terengganu  2017' yang berlangsung di gelanggang boling padang, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, bermula semalam.

Kejohanan yang berlangsung sepanjang lima hari, berakhir 23 April itu menampilkan 64 pasukan termasuk dari Hong Kong serta empat pasukan paralimpik melibatkan Pahang, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Presiden Persatuan Boling Padang Terengganu,  Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, Terengganu bakal menghantar 11 pasukan antaranya pasukan Sukma Terengganu, MSNT, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu, UMT, Paralimpik Terengganu, UniSZA dan SUK Terengganu.

Katanya, pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah  merupakan satu pengiktirafan besar dan bertepatan dengan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 .

“Peserta bukan sahaja dapat menyertai kejohanan dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanmjang persaingan, malah boleh mengambil peluang sepanjang berada di Terengganu dengan melawati pelbagai tempat menarik, termasuk Taman Tamadun Islam, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Pasar Payang dan Pantai Batu Burok,”katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Tingkat Perkhidmatan Produk Pelancongan Menerusi My-TTQS Sulaiman (tengah) bersama sebahagian peserta Seminar Ke Arah Hala Tuju Baru Pelancongan Negeri Terengganu  di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu. hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Jabatan Pelan… Read More
  • Doa Rakyat Terengganu Buat Jepun Kerajaan Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah buat Negara Jepun atas kejadian banjir dan tanah runtuh yang melibatkan kehilangan dan kematian ratusan nyawa.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan harapan… Read More
  • MB Rakam Takziah Kematian Bekas Ketua Pegawai Agama TDM Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Muhamad Zain Abd Rahman yang kembali ke rahmatullah pagi tadi di rumah beliau, di Sijangkang, Teluk Panglima Gara… Read More
  • KPDNHEP Terima 26 Aduan Berkaitan GST Saharuddin sedang melayan tetamu. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNHEP) Terengganu menerima  26 aduan kesalahan peniaga yang masih mengenak… Read More
  • 200 Peserta Sertai Projek Tanaman Betik Manis Hybird Wan Hapandi ( kanan ) menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Seramai 200 orang peserta telah menyertai projek Tanaman Betik Manis Hybrid yang diadakan di Surau Haji Wan Ismail, disini, hari ini.Projek  yang pertama… Read More

Demi Masa

SABTU, 15 Mac 2018
4:48 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74655
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan