Tuesday, 18 April 2017
-
April 18, 2017
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN , SEMASA
Kerajaan negeri mahu supaya Karnival Mencandat Sotong Tenaga Nasional Berhad (TNB) di perairan Pulau Kapas, Marang dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam kalendar pelancongan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang, berkata program itu bukan hanya mendapat sambutan di kalangan masyarakat tempatan, malah daripada pengunjung luar Terengganu yang mahu menikmati percutian yang unik sambil merasai pengalaman menaikkan sotong.
"Penganjuran Karnival Mencandat Sotong TNB 2017 ini secara tidak langsung menandakan bermulanya musim mencandat sotong di perairan Terengganu dan bakal menggamit kehadiran ribuan peminat aktiviti laut berkenaan.
"Pada masa yang sama, kejayaan pihak TNB menarik penyertaan 450 peserta dengan penggunaan sepenuhnya bot -bot nelayan di Daerah Marang amat memberi nilai serta impak yang besar bukan sahaja kepada industri pelancongan daerah dan negeri, malah turut merancakkan lagi penjanaan ekonomi masyarakat setempat yang sebahagian besarnya bergantung kepada aktiviti di laut sebagai sumber mata pencarian,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan program itu, di Jeti Pelancongan Marang, semalam.
Turut hadir Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat TNB, Dato Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin, Pegawai Daerah Marang Zainal Abidin Mohamed dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Pengurusan dan Acara Negeri, Ahmad Fathil Abd Ghani.
A. Latiff berkata, TNB sebagai sebuah badan korporat terunggul menyediakan perkhidmatan bekalan elektrik terbesar negara turut aktif menjalankan tanggungjawab sosial korporat seperti menyediakan van jenazah dan rumah kos rendah kepada golongan yang memerlukan dan tidak bernasib baik di negara ini.
Sebanyak 46 bot melibatkan seramai 450 peserta di kalangan kakitangan TNB seluruh Malaysia bersama keluarga masing-masing menyertai acara dua hari yang bermula 15 April itu.
Kategori yang dipertandingkan adalah kumpulan dengan tangkapan sotong terbanyak, Individu dengan tangkapan sotong terbanyak dan individu dengan tangkapan sotong terpanjang.
Selain itu, pertandingan masakan berasaskan sotong juga dipertandingan. Sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian.
- teganukite.net
Related Posts:
Sentuhan Kasih Petronas Peruntuk RM1 Juta Bantu Golongan Miskin Program Sentuhan Kasih Petronas memperuntukkan RM1 juta untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Terengganu.Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, pihaknya berbesa… Read More
Tabung Darul Iman Ditambah BaikKerajaan Negeri akan meneruskan dan menambah baik Tabung Darul Iman yang diwujudkan kerajaan sebelum ini demi dalam menjaga kebajikan rakyat negeri Terengganu yang memerlukan bantuan.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangu… Read More
Sidang DUN Pertama Penentu Hala Tuju Negeri Dr. Ahmad Samsuri memberikan duit raya kepada pengunjung cilik yang hadir di majlis hari raya DUN Rhu Rendang. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pertama d… Read More
10,000 Tetamu Meriahkan Raya DUN Bukit Payong Mohd Nor menyambut ketibaan Menteri Besar bersama rombongan di Majlis Aidilfitri DUN Bukit Payong, di perkarangan Pasar Kedai Buloh, Bukit Payong. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd Noor Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dewan Undan… Read More
Cari Penaja Bantu Biayai Pengurusan Zoo Bukit Takal Ahmad Samsuri bersama rombongan meninjau sekitar Zoo Bukit Takal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri bercadang bekerjasama dengan agensi swasta dan pelabur luar bagi membiayai dan memajukan Taman… Read More