Saturday, 15 April 2017
-
April 15, 2017
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN
Bukit Batu Kapal yang terletak di Kampung Gerdong,Telemong kaya dengan khazanah alam semulajadi dan mitos sejarah yang mampu menjadi tarikan baru pelancongan di Terengganu dan Hulu Terengganu, khasnya.
Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Zaliha Zainuddin berkata, pihaknya sedang giat mempromosikan tempat menarik di Terengganu melalui Cuti-Cuti 1Malaysia ( CC1M) Dekat Je untuk memperkenalkan produk baru pelancongan yang unik dan menarik.
Katanya, Tourism Malaysia Terengganu akan mencadangkan kepada agen pelancongan supaya memasukkan Bukit Batu Kapal sebagai satu destinasi persinggahan dalam pakej yang mereka sediakan nanti.
"Saya melihat Bukit Batu kapal ini mempunyai potensi untuk dipromosikan di peringkat domestik sebagai produk baru pelancongan di negeri Terengganu melalui tarikan alam sekitar yang ada.
"Tidak mustahil ianya juga boleh dipromosikan sehingga peringkat antarabangsa setelah diluluskan sebagai destinasi hutan lipur terbaru dan kita akan mendapatkan peruntukan bagi membangunkan kemudahan bagi tujuan promosi,"katanya ketika dihubungi Teganukita/The Iman Tribune.
Bukit Batu Kapal terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Berang berada pada ketinggian kira-kira 500 kaki dari paras laut dan mengambil masa 45 minit untuk tiba.
Ketulan batu sepanjang kira-kira 21 meter dan setinggi 4.5 meter itu mirip tinggalan sebuah kapal dagang besar.
Menurut mitos penduduk setempat, kapal tersebut merupakan sebuah kapal besar milik pedagang dari Negara Cina yang terkandas ratusan tahun yang lalu ketika Terengganu dilanda banjir besar, menyebabkan daratan Terengganu tenggelam termasuk bukit-bukit.
Pada masa itulah kapal dagang tersebut telah melalui kawasan ini dan berhenti di situ tanpa disedari bahawa tempat mereka berhenti itu adalah daratan.
Pada keesokkannya apabila banjir mula surut, kapal dagang tersebut tidak boleh berlayar akibat tersekat pada daratan sehinggalah bertukar menjadi batu.
Pada dasarnya kawasan batu kapal sangat sesuai untuk dibuat kawasan perkelahan, kerana di kawasan tersebut mengalir sebatang sungai yang sangat jernih airnya.
Manakala di bahagian atasnya pula,terdapat air terjun yang sangat cantik dan belum terjejas dengan aktiviti manusia.
Landskap sekitar air terjun tersebut seakan terjaga rapi dan persekitaran pula sangat bersih tanpa sebarang pencemaran. - teganukite.net
Related Posts:
Tasik Kenyir Sajikan Acara Menarik Sepanjang 2018 Pelbagai aktiviti dan program dirangka di Tasik Kenyir bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sana.Pengurus Pelancongan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Ahmad Fathil Abd Ghani berkata, dengan pertambahan bila… Read More
Idea Kreatif Mampu Tingkat Kualiti Pelancongan Ahmad Razif menyambut kedatangan pelancong asing- Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Pengusaha produk pelancongan digesa membantu kerajaan negeri menghasilkan idea-idea yang kreatif untuk meningkatkan kualiti pelan… Read More
Terengganu Tawar Aktiviti Menarik Sepanjang 2018 Pelbagai aktiviti menarik di Terengganu bakal disajikan kepada pelancong pada setiap bulan pada sepanjang tahun bagi merancakkan industri pelancongan di negeri itu.Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan dan Kebudayaan) … Read More
Atlet Tenpin Boling Jadi Duta Kecil Pelancongan Terengganu Atlet tenpin boling yang bakal mewakili Terengganu dalam Sukma 2018 di Perak. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Atlet tenpin boling yang bakal mewakili Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dilantik sebagai duta kecil dalam mempromosikan… Read More
JPNT Sasar 8,000 Pengunjung Sempena MITEC Antara gerai pameran yang disediakan oleh pihak Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu pada MITA Fair di Mitec Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) mensasarkan 8,000 pengunjung ke gerai Terengganu di Pusat Dagang… Read More