Monday, 13 March 2017


Terengganu mencatat sejarah apabila pasukan judo negeri berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali kelima berturut-turut pada Kejohanan Judo Kebangsaan kali ke-55, di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Gong Badak, Kuala Nerus.


Dalam kejohanan yang berlangsung dua hari berakhir semalam, pasukan itu berjaya memungut lapan emas, lima perak dan enam gangsa sekali gus mengenepikan 11 pasukan lain yang turut mengambil bahagian, termasuk pasukan Judo Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (TMI) Johor yang berada di tempat kedua dengan lima emas, lima perak dan lapan gangsa.

Tempat ketiga menjadi milik pasukan Judo Perak dengan satu emas, satu perak dan dua gangsa.


Malah, kemenangan pasukan Judo Terengganu turut diceriakan apabila atlet wanita kategori 63 kilogram (kg) Nik Norlydiawati Nik Azman dipilih sebagai peserta wanita terbaik keseluruhan.

Manakala, peserta lelaki kategori bawah 66 kg dari TMI, Muhamad Haikal Iskandar Halidon dinobatkan sebagai peserta lelaki terbaik keseluruhan.


Hadiah disampaikan Timbalan Pengarah MSNT, Mohd Sabri Abas yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman - teganukite.net

Related Posts:

  • Pesilat Negara Terima Lot Tanah Razak dan Siti Rahmah menerima sumbangan dari kerajaan negeri berjumlah RM16,500 serta satu lot tanah kediaman setiap seorang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kerajaan negeri menyerahkan ganjaran berupa lot tanah… Read More
  • Program Kayuhan Muhibah Jumaat Ini Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengadakan Program Kayuhan Muhibah pada 30 Disember ini sebagai salah satu gimik pra pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2017. Pengarah Korporat, Kemasyarakatan dan Kualit… Read More
  • Lebih 20,000 Peminat Bola Sepak Bakal Penuhi Kompleks Sukan Negeri Ahmad Razif (tengah) bakal hadir ke Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak dan Hoki Terengganu 2017 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.… Read More
  • Harga Tiket Perlawanan Terengganu FA Turun RM5 Harga tiket bagi perlawanan Terengganu FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak diturunkan kepada RM10 bagi musim ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Presiden P… Read More
  • Peruntukan Terengganu FA Dan T-Team FC Ditambah Barisan pemain T-Team FC yang akan bersaing dalam Liga Super untuk musim ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kerajaan negeri akan menambah perbelanjaan pengurusan dua pasukan utama bola sepak Terengganu,  Tereng… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 20 Jun 2018
5:16 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75735
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan