Tuesday, 27 December 2016


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengadakan Program Kayuhan Muhibah pada 30 Disember ini sebagai salah satu gimik pra pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2017.

Pengarah Korporat, Kemasyarakatan dan Kualiti MBKT, Nur Kamilah Hamzah berkata, program tersebut akan bermula di Dataran Batu Burok dan berakhir di lokasi yang sama.

“Ianya terbuka kepada pelbagai agensi dan orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti kayuhan.

“Laluan berbasikal sempena Program Kayuhan Muhibah akan dibuka sehala melibatkan beberapa jalan utama di bandaraya ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, laluan dewasa sejauh 20 kilometer (km) yang bermula di Batu Burok melibatkan Jalan Sultan Zainal Abidin menghala ke Pasar Payang, Kampung Cina, Jalan Sultan Ismail, Batas Baru, Jalan Kemajuan, Susur Duyong (pusingan-U), lampu isyarat Bukit Besar, Jalan Kamaruddin dan kembali ke Batu Burok.

“Manakala laluan untuk VIP dan kanak-kanak dengan jarak tujuh km yang juga bermula di Batu Burok akan melalui jalan berhampiran Hotel Primula, Chicken Cottage ke Jalan Sultan Sulaiman, Bulatan Ladang dan seterusnya berpatah ke Hotel Primula sebelum berakhir di Batu Burok,” ujarnya. - teganikite.net

Related Posts:

  • Tonjol Sikap Telus, Bebas Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerajaan negeri dan institusi perkhidmatan awam menonjolkan sikap telus serta bebas daripada  sebarang rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran masing-m… Read More
  • RM2 Juta Untuk Aktiviti Belia Sepanjang 2017 Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi melaksanakan aktiviti dan program untuk anak muda di seluruh Terengganu, sepanjang tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' R… Read More
  • SPRM Tidak Terima Permohonan Ikrar Bebas Rasuah Dari Negeri Pembangkang Ahmad Razif menyerahkan  dokumen ikrar bebas rasuah kepada Dzulkifli pada  Majlis Menandatangani Bebas Rasuah. Foto Harish Fadzillah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menerima seba… Read More
  • 50 Sekolah Laksana Program Trenglish Sebanyak 18 buah sekolah ditambah secara berperingkat menjadikan 50 buah sekolah menengah yang terlibat dengan program Trenglish sehingga 2017, berbanding hanya 32 sekolah di awal pelaksanaannya tiga tahun lalu. P… Read More
  • 20,000 Dijangka Sambut PM Di Besut 16 April Lebih 20,000 penduduk Besut dijangka membanjiri tapak Pasar Tani Kuala Besut, bagi menyambut kunjungan rasmi Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke perkampungan nelayan itu pada 16 April ini. Perdana M… Read More

Demi Masa

AHAD, 22 Jun 2018
2:37 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75760
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan