Sunday, 15 January 2017

Barisan pemain T-Team FC yang akan bersaing dalam Liga Super untuk musim ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Kerajaan negeri akan menambah perbelanjaan pengurusan dua pasukan utama bola sepak Terengganu,  Terengganu FA dan T-Team FC untuk musim ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, berdasarkan keadaan semasa, kos untuk kedua-dua pasukan dijangka meningkat dari tahun ke tahun.

“Namun demikian ianya belum dapat diputuskan lagi untuk kedua-dua pasukan utama kerana masih berada dalam rundingan akhir.

“ Untuk musim lepas, kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM30 juta bagi pasukan-pasukan ini. Tahun ini dijangkakan kos ini akan meningkat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media sempena Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak & Hoki Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.

Ahmad Razif yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, kerajaan negeri turut mengenakan konsep penajaan bagi mengurangkan perbelanjaan yang akan diperuntukkan kepada dua pasukan utama tersebut.

“Sekarang ini kita menerapkan konsep penswastaan namun masih di bawah pimpinan kerajaan di mana kerajaan akan mendapatkan sumber untuk diberi kepada pasukan-pasukan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berharap agar mana-mana pasukan tersebut akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala kepada peminat bola sepak di Terengganu.

Related Posts:

  • LTdL 2017: TSG Mungkin Tarik Diri Pasukan lumba basikal profesional Terengganu Cycling Team (TSG) berkemungkinan akan menarik diri dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang dijangka bermula pada 22 Februari hingga 1 Mac ini . Menteri Besa… Read More
  • Harga Tiket Perlawanan Terengganu FA Turun RM5 Harga tiket bagi perlawanan Terengganu FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak diturunkan kepada RM10 bagi musim ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Presiden P… Read More
  • Pulau Kekabu Jadi Destinasi Pilihan Acara Utama Negeri Destinasi menarik di Marang dan antara aset pelancongan negeri, Pulau Kekabu, menjadi lokasi pilihan penganjuran pelbagai acara utama di peringkat negeri. Terbaru, Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Kawasan Marang d… Read More
  • Kobert Perkenal Jersi Versi Replika Jersi Terengganu FA, T-Team FC dan THT boleh mula didapatkan di Al-Ikhsan seluruh Terengganu serta beberapa cawangan di Lembah Klang. Kobert bakal memperkenalkan jersi versi replika untuk Pasukan Hoki Terengganu (THT), Te… Read More
  • Peruntukan Terengganu FA Dan T-Team FC Ditambah Barisan pemain T-Team FC yang akan bersaing dalam Liga Super untuk musim ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kerajaan negeri akan menambah perbelanjaan pengurusan dua pasukan utama bola sepak Terengganu,  Tereng… Read More

Demi Masa

RABU, 18 Jun 2018
2:26 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75715
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan