Sunday 16 July 2017

Dato' Mohd Zubir mengibarkan bendera SGM dalam perasmian Run For Peace 2017. - Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Lebih 1, 500 peserta yang menyertai acara larian Run For Peace 2017 sepanjang lapan kilometer di Dataran Pulau Warisan, Kuala Terengganu, semalam.
Acara anjuran Soka Gakkai Malaysia (SGM) dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Zubir Embong.
Mohd Zubir berkata, acara itu sebagai satu langkah yang baik dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Katanya, program itu sepatutnya lebih kerap diadakan supaya masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia ini dapat memahami dan menghormati antara satu sama lain.
“Saya berharap agar masyarakat dapat mengekalkan cara hidup yang sihat untuk dijadikan sebagai contoh kepada generasi yang akan datang. Malah, kita harus mngekalkan keamanan dengan saling menghormati budaya dan agama lain di negara ini.
“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur program kerana berjaya mengumpulkan masyarakat dalam acara ini. Saya berharap agar lebih ramai lagi yang akan menyertai Run For Peace pada masa hadapan,” katanya.

Pengerusi Soka Gakkai Terengganu, Khor Wan Khoon berkata, aktiviti Run For Peace diadakan bermula hari ini (semalam) hingga 8 Ogos di 19 lokasi yang berlainan seluruh Malaysia.
Katanya, selain untuk menyebarkan ideologi keamanan, GSM berharap dengan aktiviti yang dijalankan ini dapat menggalakkan orang ramai untuk terus mengamalkan cara hidup yang sihat.
Turut hadir, Suruhanjaya MCA negeri, Dato' Toh Chin Yaw, Setiausaha MCA Kuala Terengganu, Toh Seng Cheng, Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina, Tan Beng San serta Ahli Council SGM, Lim Tee Yen. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan